Punca Kemalangan: MAHB kecam Tan Sri Vincent Tan buat 'tuduhan awal'
01:03 Mar 22, 2019  |  By SabahKini2
Punca Kemalangan: MAHB kecam Tan Sri Vincent Tan buat 'tuduhan awal'

Mengapa Vincent Tan menuduh MAHB punca kemalangan sedangkan siasatan 30 hari belum selesai?

KUALA LUMPUR: Susulan kenyataan Tan Sri Vincent Tan Pengerusi Berjaya Group menyalahkan MAHB berhubung insiden kemalangan jet peribadi miliknya,  MAHB membidas Vincent Tan bahawa beliau ‘terlalu awal’ membuat kesimpulan mengenai kemalangan itu.

Menjawab kenyataan ahli perniagaan, Vincent Tan kepada media mengenai kemalangan yang berlaku pada Isnin, MAHB menegaskan siasatan sedang dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan polis.

“Apa-apa kesimpulan pada tahap ini adalah terlalu awal dan kami menggesa media dan orang ramai supaya tidak membuat apa-apa spekulasi sehingga siasatan pihak berkuasa selesai sepenuhnya,” kata MAHB

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya hari ini menyalahkan pihak berkuasa lapangan terbang selepas seorang kakitangan MAHB, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, cedera parah kerana terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian.

Vincent mengesahkan pesawat Berjaya Air terlibat dalam kemalangan itu, tetapi berkata juruterbangnya mendapat kebenaran daripada menara kawalan sebelum mendarat.

Katanya, pihak berkuasa lapangan terbang sepatutnya memberi amaran kepada pesawatnya bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di landasan itu.

Kementerian Pengangkutan berkata siasatan AAIB dijangka siap dalam masa sebulan.

 

Comment