“Anak-anak Lasimbang’ Pembantu Menteri pemalas, biadap dan Samseng!- Netizen Penampang
05:03 Mar 22, 2019  |  By SabahKini2
 “Anak-anak Lasimbang’ Pembantu Menteri pemalas, biadap dan Samseng!- Netizen Penampang

Tanya orang Penampang. Anak-anak Lasimbang jadi YB Warisan dan DAP ni bukan jenis kisah rakyat pun. Dulu janji bulan bintang. Bila kena kritik akan 'call'ugut macam samseng. Hendak bagitau dia ada kuasalah...

“Anak-anak Lasimbang’ berjawatan Pembantu Menteri pemalas, biadap dan Samseng!- Netizen Penampang

KOTA KINABALU – Apa dah jadi? Kalau ‘anak-anak Lasimbang’ buka mulut saja pasti menjadi bahan kutukan rakyat. Dulu masa tak ada jawatan 24 jam kondem wakil rakyat dan orang lain. Kini bila dah ada jawatan barulah mereka rasa bagaimana bekerja sebagai wakil rakyat dan untuk rakyat.

Baru-baru ini tular tulisan dan luahan hati Jenifer Adun Moyog Pembantu Menteri Kepada Kementerian Pelajaran Dan Inovasi di laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp yang tidak sepatutnya keluar dari seorang pemimpin.

Kata Jenifer  “Getting sick and tired of getting phone calls; WhatsApp and emails from PARENTS asking me to look for a job for their children – unemployed GRADUATES!” terjemahannya “Sudah muak dan penat mendapat panggilan telefon, whatsapp, dan emel daripada ibu bapa meminta saya mencari kerja untuk anak-anak mereka – Mahasiswa menganggur”

 

Ini bukan tulisan salah faham! ini mengeluh malas, bosan, penat....macam ni wakil rakyat?

Tulisan itu mendapat kecaman dari warganet dan nitizen. Anak-anak muda, mahasiswa dan ibu bapa mengecam keluhan Jenifer itu.

Kata mereka  “Jenifer tidak sepatutnya mengeluh apabila ada ibu bapa di kawasan beliau meminta bantuan untuk mendapatkan pekerjaan bagi anak-anak mereka, harus diingat janji Pakatan Harapan (PH)sebelum ini adalah untuk menyediakan pekerjaan kepada sejuta orang apabila PH dapat menawan Putrajaya termasuk Sabah.

Antara komen terhadap Janifer Lasimbang Adun Warisan.

Akhirnya selepas puas dikecam Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang itu tampil merungkai yang ‘kononnya’ itu hanya salah faham yang timbul atas kenyataan dikeluarkan.

Jenifer berkata, niatnya menulis kenyataan sebegitu adalah untuk menarik perhatian orang ramai mengenai isu pengangguran dalam kalangan graduan lepasan universiti.

“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas salah faham yang timbul disebabkan paparan Facebook saya mengenai keprihatinan terhadap ibu bapa yang menghubungi saya bagi mencadangkan atau memberi pekerjaan kepada anak mereka terutama graduan menganggur.

“Saya sebenarnya sangat mengambil berat tentang masalah graduan menganggur di Sabah yang kini mencecah 40,000 dan ianya tidak berlaku semalaman, isu ini sudah berlanjutan untuk beberapa tahun

“Namun, jika dilihat Kerajaan Sabah dan agensi berkaitan sedang bekerja keras untuk menyediakan pekerjaan untuk graduan melalui penganjuran karnival kerjaya dan portal pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.

Jannie Lasimbang Adun Kepayan (DAP)

Apapun netizen Penampang kenal sangat ‘anak-anak Lasimbang’. Sikap mereka selepas berkuasa berbeza sebelum berkuasa.

Sebelum ini beberapa bulan lalu netizen Penampang mengutuk tindakan Jannie Lasimbang Adun Kepayan (DAP), Pembantu Menteri Kepada Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri apabila  terlewat hadir satu porgram bersama kanak-kanak di SJKC Shan Tao Kota Kinabalu apabila 10 kanak-kanak pengsan berdiri dua jam  menunggu lama kerana Jannie Lasimbang.

Michelle Chok dalam facebooknya menyelar tindakan wakil rakyat DAP itu. Malah beliau dihubungi oleh Jannie Lasimbang marah-marah, mengugut seperti samseng.

 

Oleh itu kenyataan Jenifer Lasimbang mengadu malas mengurus masalah rakyat itu adalah sesuatu menghairankan? Memang perangai dan sikap mereka begitu.

Tak percaya tanya orang-orang Penampang betapa ‘Anak-anak Lasimbang’ itu sudah berubah sombong, pemalas dan tak kurang serupa samseng mengugut jika dikritik. Seorang Warisan, seorang DAP tetapi tetap sama-sama bodoh.

- KDH

 

 

 

 

 

 

6 Comments