Apa salah tajuk "Majlis Gereja Selar Presiden Warisan politikkan agama Kristian"?
09:11 Nov 25, 2017  |  By SabahKini2
Apa salah tajuk

Isu utama dibincang ialah Presiden Warisan guna isu agama. Termasuk teguran Presiden SCC. Jadi apa salah tajuk "Majlis Gereja Selar Presiden Warisan politikkan agama Kristian"?

Pertama pihak editor Sabahkini2.com menegaskan kami bukan media pro BN. Kami neutral. Apa yang kami tulis adalah kebebasan media sebagaimana media lain. Kami juga mengkritik pemimpin lain seperti Menteri Pendidikan Tinggi, Ketua Menteri Sarawak dan banyak lagi selepas ini berdasarkan maklumat dalam simpanan kami.

Kedua beza Sabahkini2.com ialah, kami berterus terang. Tiada istilah 'pemimpin politik itu' 'orang itu', 'syarikat itu', 'parti itu' atau wajah gambar yang ditutup. Jika mereka Shafie Apdal maka Shafie Apdalah. Jika mereka Idris Jusoh maka Idris Jusoh dan jika mereka ialah Datuk Amar Abang Johari maka Datuk Abang lah.


Kita harus kembali kepada isu pokok. Isu yang dibincang, tular dan kecoh adalah bertitik tolak dari kenyataan Shafie Apdal mengenai agama Kristian ketika berada di Keningau. Beliau mengutuk pemimpin BN Kristian sebagai hipokrit, munafik, kelirukan sokongan kalimah 'Allah' dan janji mempertahan agama Kristian (helah politik sentimen) jika berkuasa. Isunya apa hak Shafie menyelar pemimpin BN Kristian di Sabah sebagai hipokrit? Malah pemimpin BN seperti Tan Sri Joseph Kurup dan Johnny Mositun turut menyelar Shafie Apdal. Apa dia tahu mengenai agama Kristian dan usaha pemimpin beragama Kristian kepada penganutnya? Ia hanya populis.  Media di Sabah malah di Semenanjung juga membicarakan isu pokok menggunakan agama dalam politik.



22 November lalu Bishop Melter Jiki Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah (SCC) bertemu YAB Tan Sri Musa Aman. Dalam kenyataannya dia berkata tidak wajar pemimpin politik menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Teguran itu merujuk kepada isu. Siapa pemimpin yang dibincang kalau bukan Shafie Apdal Presiden Parti Warisan?

Bishop Melter Jiki juga berkata rakyat Sabah istimewa, harmoni dan hidup bersaudara.

“Kami tiada isu di sini, termasuk penggunaan kalimah ‘Allah’. Di Sabah, kita hidup dalam harmoni. Ada ahli keluarga saya yang beragama Islam,” katanya

Nasihat seperti ini berlaku tentunya disebabkan isu asal iaitu Shafie Apdal dirujuk sebagai pelaku yang mempolitikkan agama Kristian. Tiada siapa mulakan melainkan Shafie Apdal. Jadi di mana fitnahnya?

Semua media menyiarkannya. The Malaysiainsight yang pro pembangkang dan Shafie Apdal pun memainkan berita Shafie Apdal menggunakan isu agama Kristian

Jika yang dibincang dan diselar pemimpin politik menggunakan isu agama itu Shafie Apdal yang semua orang tahu jadi apa salah tajuk "Majlis Gereja Selar Presiden Warisan politikkan agama Kristian"? Ia hanya tajuk dan tafsiran masing-masing. Bishop membuat penafian itu kerana haknya menjelaskan tindakannya begitu juga cara Media Pro Warisan melihatnya dalam konteks sebagai " Bishop arah remove tulisan memfitnah DSSA" wal hal Bishop hanya merujuk kepada dirinya bukan mempertahankan Shafie Apdal.



Bukankah memang Shafie Presiden Warisan mempolitikkan agama Kristian untuk kepentingannya? Dan adalah adalah Bishop Melter Jiki Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah (SCC) membuat teguran itu



Jika ia benar apa hendak takut? Sabahkini2.com tak akan menarik balik artikel ini. Hendak saman terpulang kepada pihak mereka.

Pihak editor amat jelas pihak yang menggunakan isu agama untuk berpolitik wajar ditegur. Kepada pemimpin agama jika tidak mahu perbuatan ditafsir secara politik jangan berjumpa pemimpin politik dikala isu panas dibincangkan.

Apabila ada tafsiran berbeza nanti kamu juga yang tak rasa selesa. Anda mendapat peruntukan kerajaan di kala isu berlaku dan janganlah pula takut dikaitkan dengan kerajaan BN jika mendapat kritikan. Yang mendapat manfaat kamu. Bukan editor Sabahkini2.com

 

Comment