(VIDEO) DAP arah mahasiswa cina ‘Umany Raykat’ provokosi program santai Najib
06:03 Mar 23, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) DAP arah mahasiswa cina ‘Umany Raykat’ provokosi program santai Najib

DAP memang tidak senang dengan Najib. Apatah lagi demo itu bersamaan dengan kenaikan harga minyak 7 sen. Umany adalah persatuan tajaan DAP sekian lama. Tak cukup dalam masjid mereka kejar luar masjid...Bimbingan DAP kan...

 

Menteri Pendidikan Dr Maszlee kata ini demokrasi tetapi dihalang dan dilapor polis. 

KUALA LUMPUR- Sesi sembang santai mahasiswa bersama bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak terganggu seketika apabila berlaku kekecohan berhampiran di luar Restoran Amjal, Pantai Baru selepas solat Jumaat.

Namun, mahasiswa yang hadir ke sembang santai itu melaungkan agar Najib meneruskan ucapannya.

Program yang sepatutya diadakan di Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur namun dihalang oleh Kerajaan Pakatan Harapan susulan tindakan pengurusan Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur membuat laporan polis berhubung poster yang mendakwa Najib pergi ke sana untuk memberi ceramah kepada pelajar universiti.

Selepas terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut, Najib terpaksa pula berdepan dengan insiden provokasi oleh sekumpulan persatuan mahasiswa Cina (UMANY) (yang sejak dahulu dibimbing oleh DAP) yang cuba menghalangnya daripada berucap pada program santai bersamanya di sebuah restoran berhampiran UM.

“Setelah membuat laporan polis terhadap saya dengan fitnah bahawa saya mahu bercemarah di dalam Masjid, hari ini mereka cuba menghalang saya dari berucap di restoran.

“Semasa saya bersembang santai dekat UM tadi, ada 6 orang yang membuat provokasi terancang dengan menggunakan propaganda PH (Pakatan Harapan) lama “Mana RM2.6b”.

“Bahaya sangat ke, saya berucap? Saya berselfie, PH lapor polis. Saya mahu bersolat di Masjid, PH lapor polis. Saya berucap, mereka buat provokasi di luar,” luah Najib di Facebooknya.

Provokasi tersebut telah menyebabkan tercetusnya satu pergaduhan kecil.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan dirinya kesal dengan perkara tersebut.

“Saya kesal dengan pergaduhan ini. Perkara seperti ini tidak patut berlaku oleh mana-mana pihak dan laporan polis telah dibuat oleh pihak penganjur sesi sembang santai ini,” katanya.

Di dalam insiden tersebut, sekumpulan enam hingga lapan individu yang dikatakan pelajar telah berkumpul di seberang jalan berhampiran tempat program dan menjeritkan slogan ‘penipu’ dan ‘mana RM2.6 bilion’ sambil memegang plakad berupa gambar badut yang menyerupai Najib.

Provokasi tersebut telah menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Najib yang kemudiannya mengerumuni mereka.

Antara yang bertindak mengerumuni kumpulan tersebut adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang turut mengoyakkan plakad menghina Najib itu.

6 orang mahasiswa Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) diketuai Wong Yan Ke dibimbing oleh DAP untuk membuat provokasi di majlis itu.

Sejak Program Santai BOSSKU yang sentiasa mendapat sambutan ribuan dari rakyat hadir tidak pernah ada insiden gangguan sedemikian melainkan apa yang hanya berlaku di luar UM itu.

Mereka berkata hanya sekadar menunjukkan perasaan secara aman dan tidak melakukan provokasi tetapi menggunakan gambar-gambar serta plakad provokasi sedangkan apa yang mereka persoalkan sudah dibawa dalam kes mahkamah.

“Kita tak cakap apa-apa atau jerit apa-apa, cuma bila mereka meluru datang, mereka yang lakukan provokasi,” katanya kepada pemberita di balai polis Pantai.

Warganet dalam komen-komen facebook berkata tindakan mahasiswa pro DAP itu menganggu majlis orang lain adalah sikap kurang ajar dari mahasiswa cina DAP.

Warganet menggelar mahasiswa cina DAP itu sebagai “Cina DAP RAYKAT”.

“Betapa kurang ajarnya mereka selepas solat jumaat mereka kejar lagi di tempat lain. Semua ini jelas upahan DAP”

Wong Yan Ke dibimbing dan Umany memang dibimbing oleh DAP. Siapa tak kenal Superman DAP yang jenis kaki maki, provokasi. Sekian lama Umany bawah DAP kini mereka hanya perlu tunjuk. Dulu sembunyi-sembunyi.

Agaknya mereka ni pengajian UEC...Mereka memang jenis Raykat!

9 Comments