PPBM dilancar di ITCC 6 April, PBS pula akan sertai Pakatan Harapan?
06:03 Mar 24, 2019  |  By SabahKini2
PPBM dilancar di ITCC 6 April, PBS pula akan sertai Pakatan Harapan?

PPBM akan dilancarkan di Sabah pada 6 April ini di Kompleks ITCC, Penampang, Parti Harapan EGM 5 April dan bubar menyertai PPBM manakala PBS dikatakan memohon menyertai PH.

KOTA KINABALU: PPBM akan dilancarkan di Sabah pada 6 April ini di Kompleks ITCC, Penampang Kota Kota Kinabalu yang boleh memuatkan lebih 50 ribu orang dalam satu masa.

Sebelum ini Datuk Hajiji mengesahkan perhimpunan diadakan di Padang Merdeka namun ditukar.

“Ya betul. Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad akan lancar. Presiden Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Mukhriz serta pimpinan parti juga akan turut hadir,” katanya

Sumber menyatakan penyelarasan antara mereka dengan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang juga akan menyertai PPBM telah dibuat bersama.

Persiapan Datuk Hajiji dan PPBM Sabah

Bagi Parti Harapan Mesyuarat Agung Khas (EGM) akan dijadualkan pada 5 April 2019 di Hotel Grand Borneo 1Borneo bagi pembubaran parti itu sehari sebelum pelancaran dan kehadiran YAB Perdana Menteri ke Sabah.

Baru-baru ini, beberapa akaun facebook serta kumpulan aplikasi whatapps menyebarkan gambar persiapan pasukan Datuk Hajiji selain gambar pertemuan Datuk Hajiji dan Datuk Lajim berhubung pelancaran parti itu di Sabah.

Datuk Hajiji dan Datuk Lajim bersetuju kedudukan mereka dalam parti akan ditentukan dan diumumkan secara rasmi oleh pimpinan tertinggi PPBM nanti.

Penyelarasan PPBM Sabah- Pertemuan Hajiji dan Lajim 

Pada 15 Februari lalu, Dr Mahathir mengumumkan PPBM akan melebarkan sayapnya ke Sabah selepas perkara itu dipersetujui oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dan mengesahkan kemasukan ke Sabah bukan untuk menyaingi Parti Warisan Sabah.

Sementara itu menurut sumber itu Parti Bersatu Sabah (PBS) ada mengemukakan permohonan kepada Tun Dr Mahathir untuk menyertai komponan Pakatan Harapan bagaimanapun setakat hingga ini Tun Dr Mahathir belum membuat keputusan  mengenainya.

Nampaknya PBS ada agenda lain untuk meranapkan Warisan

Jika PBS diterima sebagai komponan PH sudah tentu ini juga akan mengundang kritikan sebagaimana PPBM masuk ke Sabah.

Tun Dr Mahathir dijangka terus mengukuhkan kedudukan PPBM dalam PH yang kini melebihi 25 kerusi. Jika Sabah dan Sarawak memberi sokongan kepadanya PPBM akan terus menjadi kuat mengimbangi PKR dan DAP yang kelihatan dominan dalam PH.

 

9 Comments