Jho Low pertikai rumah keluarganya hasil projek diberi 'PM 4' disita
13:03 Mar 24, 2019  |  By SabahKini2
Jho Low pertikai rumah keluarganya  hasil projek diberi 'PM 4' disita

Kata Jho Low rumah keluarganya dibina dan disiapkan kira-kira 20 tahun lalu, ketika Mahathir menjadi PM 4. Bapanya Tan Sri LARRY LOW HOCK PENG banyak dapat projek di zaman Mahathir.

Ahli perniagaan Jho Low yang kini dalam buruan mengecam penyitaan rumah keluarganya di Pulau Pinang dan menyifatkannya sebagai usaha Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan modal politik.

"Hartanah keluarga Low dibina dan disiapkan kira-kira 20 tahun lalu, ketika Mahathir menjadi perdana menteri pertama kali.

"Itu adalah sedekad sebelum kewujudan 1MDB dan ketika itu Low masih remaja.

"Penyitaan hartanah ini tidak mempunyai hubung kait dengan sebarang dakwaan, merupakan contoh tindakan Mahathir mempolitikkan isu... Yang menunjukkan Low tidak akan dapat perbicaraan yang adil," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Low hari ini.

Awal hari ini, New Straits Times melaporkan notis penyitaan ditampal pada dinding hadapan rumah berkenaan di Pulau Pinang. Notis itu ditujukan kepada ibu Low yang berumum 66 tahun, Goh Gaik Ewe.

Notis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin itu menyatakan bahawa hartanah berkenaan merupakan subjek bagi kesalahan di bahawa Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Jurucakap Low juga mempersoalkan kerajaan yang tiba-tiba berminat dengan hartanah berkenaan.

Pada Feb 2018, kapal layar mewah Jho Low yang dilaporkan bernilai AS$250 juta turut disita manakalah di Amerika pula DOJ juga turut membekukan hartanya.

 

Di Pulau Pinang siapa tak kenal Tan Sri LARRY LOW HOCK PENG

Kenapa sita rumah hasil projek 20 tahun lalu?

Tan Sri LARRY LOW HOCK PENG s/o LOW MENG TAK adalah ayah kepada LOW TEAK JHO JHO a.k.a JHO LOW dan merupakan seorang jutawan di Malaysia dan Singapore.

Di Singapore Larry Low memegang jawatan sebagai seorang eksikutif dalam sebuah syarikat perlaburan bernama MWE Holdings, pengerusi syarikat Kumpulan Frenken, sebuah syarikat stockholding yang disenaraikan di Bursa Singapore.

Larry Low juga pernah 2 kali dalam beberapa tahun sebagai President Penang Chinese Chamber of Commerce yang berpengaruh dalam politik itu.

Bapa Larry Low pula iaitu Low Meng Tak ialah seorang jutawan di China yang menjalankan bisness didalam lombong bijih besi (iron ore), pembuatan arak dan real estates di China dan Thailand.

Semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, Tan Sri Larry Low telah diberikan pelbagai kontrak kerajaan dimana diantaranya ialah-

i) Projek keretapi Kerteh-Kuantan yang dibiayai Petronas dibina oleh MWE Holdings Berhad

ii) Projek Light Medium Industrial buildings in Mukah

iii) Projek Perumahan untuk pegawai-pegawai kerajaan

iv) Projek Mukah Coal Stockyard

v) Projek Mukah Coal-Fired Power PlantRC works for coal handling & conveyor system

vi) Peojek Kota Samarahan Bus Terminal

vii) Projek Assyakirin Commercial Centre

viii) Projek Bandar Baru Betong

ix) Projek Betong Bus Terminal

x) Projek Bintulu Sentral

xi) Projek Demak Laut Industrial Park (Phase II A)

 

1 Comment