Sundra Rajoo AIAC beri rasuah didakwa, VK Liew terima rasuah terus kebal
22:03 Mar 24, 2019  |  By SabahKini2
Sundra Rajoo AIAC beri rasuah didakwa, VK Liew terima rasuah terus kebal

Di Malaysia semua ada. Pengarah AIAC Sundra Rajoo didakwa beri rasuah kepada menteri untuk sambung kontrak tetapi Menteri JPM yang terima wang dari Sundra Rajoo tidak disiasat dan terus kebal.

Portal Malaysia Insight melaporkan bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asian (AIAC) Prof Dr Sundra Rajoo dijangka didakwa di mahkamah esok tanpa menunggu permintaan mendapatkan imuniti daripada dibicarakan.

“Saya difahamkan bahawa pihak pendakwa raya berhasrat untuk mengenakan dakwaan ke atas saya esok (Isnin, 25 Mac 2019) sehari sebelum sebelum permohonan saya untuk kebenaran memohon semakan kehakiman bagi penetapan pendengaran (kes mendapatkan imuniti).

“Tindakan tergesa-gesa untuk mengemukakan dakwaan ini, sehari sebelum permohonan saya untuk penetapan pendengaran kes, benar-benar mengundang masalah. Saya berharap permohonan saya kepada mahkamah tidak akan diabaikan oleh pihak pendakwa raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sundra mendakwa memiliki imuniti sama seperti duta atau pesuruhjaya tinggi berdasarkan peruntukan undang-undang tertentu terkait dengan pelantikannya sebagai pengarah  AIAC selepas beliau ditahan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada November lalu.

Sundra meletak jawatan pada November lalu susulan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa yang dibuat melalui sepucuk surat layang yang dihantar kepada beberapa menteri, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Sundra dilaporkan menggunakan dana pusat timbang tara itu untuk memastikan menteri melanjutkan kontrak pelantikannya dengan merasuah Menteri (Udang-undang) di Jabatan Perdana Menteri termasuk dakwaan merasuah Datuk VK Liew.

[ARTIKEL BERKAITAN- VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC ]

 

Sewaan kereta (Honda Civic) dengan pemandu untuk kegunaan peribadi anak Menteri JPM yang belajar di Kuala Lumpur 
semua ditanggung Sundra Rajoo

Antara dakwaan itu ialah usahanya melobi untuk lanjutan kontraknya selepas Februari 2019, Datuk Professor Sundra Rajoo telah menyalahgunakan dana yang diberikan untuk pembangunan AIAC dan telah menggunakannya untuk memberikan keistimewaan peribadi tertentu kepada Menteri JPM (Undang-undang) semasa, Datuk Liew Vui Keong merangkumi

1) Sewaan kereta (Honda Civic) dengan pemandu untuk kegunaan peribadi anak Menteri JPM yang belajar di Kuala Lumpur.

2) Perbelanjaan penginapan sebanyak beberapa kali di Hotel St Regis Kuala Lumpur untuk kegunaan keluarga Menteri melawat dari Sabah

3) Sewaan kereta mewah untuk kegunaan Menteri semasa pelantikannya

Namun menghairankan jika Datuk Professor Sundra Rajoo  dituduh esok tetapi Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong orang yang menerima rasuah itu sangat kebal sebagaimana beliau menerima wang 1MDB tetapi tidak pernah disiasat atau akaun dibekukan. Ini pastinya skandal sangat memalukan badan yang terlibat dengan undang-undang di negara ini.

Sama ada Sundra mempunyai imuniti dari sebarang tindakan berhubung urusannya sebagai pengarah AIAC tidak penting tetapi tertangkapnya Sundra kerana rasuah melibatkan VK Liew Menteri Undang-undang JPM adalah satu berita penting yang kerajaan PH sembunyikan.

 

 

1 Comment