Skandal rasuah AIAC: Menteri Warisan tutup mulut dan waran tangkap buat Sundra Rajoo
12:03 Mar 25, 2019  |  By SabahKini2
Skandal rasuah AIAC: Menteri Warisan tutup mulut dan waran tangkap buat Sundra Rajoo

Skandal rasuah AIAC masuk ke fasa baru. Sundra Rajoo yang dituduh tidak hadir ke mahkamah dan dikenakan waran tangkap. Namun beliau menunggu keputusan mahkamah kekebalannya dari undang-undang. VK LIew pula terus senyap.

Seperti dijangka bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Sundra Rajoo tidak hadir di mahkamah hari ini, yang sepatutnya didakwa dengan tiga pertuduhan jenayah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sundra Rajoo AIAC beri rasuah didakwa, VK Liew terima rasuah terus kebal ]

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin, yang tidak membacakan tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Sundra.

Peguamnya K Shanmuga memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi yang sebarang waran tidak sah kerana Sundra mempunyai kekebalan diplomatik bagi tindakan yang dibuat atas kapasitinya bersama AIAC.

“Kecuali mahkamah memutuskan beliau tidak memperoleh imuniti, semua waran tangkap adalah tidak sah,” kata Shanmuga, sambil menambah mereka memohon penangguhan waran sehingga keputusan oleh mahkamah tinggi mengenai perkara itu esok.

Azura bersetuju menangguhkan tangkapan, dan berkata mahkamah menanti keputusan esok berhubung isu imuniti.

Satu pendengaran ditetapkan esok oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar semakan kehakiman difailkan oleh Sundra, yang menamakan menteri luar, peguam negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan sebagai responden.

Beliau berkata mempunyai imuniti daripada ditangkap atau didakwa bagi semua tindakan yang dilakukan selama bertahun-tahun menjadi pengarah AIAC, susulan penahanannya dan soal siasat pada November lalu oleh SPRM.

Sundra dilaporkan menggunakan dana pusat timbang tara itu untuk memastikan menteri melanjutkan kontrak pelantikannya dengan merasuah Menteri (Udang-undang) di Jabatan Perdana Menteri termasuk dakwaan merasuah Datuk VK Liew.

[ARTIKEL BERKAITAN- VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC ]

[http://sabahkini2.com/en/news/1459/vk-liew-menteri-warisan-terima-sogokan-daripada-pengarah-aiac/view]

VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC

Namun Datuk Liew Vui Keong Menteri Warisan yang menerima rasuah itu tidak disiasat SPRM dan tidak didakwa sebagaimana Sundra Rajoo. Ini satu rekod berprofil tinggi penerima rasuah tidak didakwa tetapi pemberi didakwa.

VK Liew sehingga kini tidak memberi apa-apa kenyataan mengenai kes Sundra Rajoo yang dikaitkan dengan beliau.

 

 

 

 

2 Comments