Gara-gara 'threesome' isteri pertama cemburu tikam alat sulit 'isteri kedua'
03:03 Mar 26, 2019  |  By SabahKini2
Gara-gara 'threesome' isteri pertama cemburu tikam alat sulit 'isteri kedua'

Mereka bertiga kemudian bersetuju untuk melakukan 'threesome' (hubungan seks bertiga) di dalam bilik yang hanya diterangi cahaya daripada televisyen sahaja dan....

'Round' pertama musnah gara-gara 'threesome' isteri pertama cemburu tikam alat sulit 'isteri kedua' 

SIBU: Isteri pertama menikam alat sulit isteri kedua menggunakan pisau sepanjang 22 sentimeter berikutan berang dengan ajakan melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ dengan suami.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata dalam kejadian jam 9 malam tadi, suspek berusia 46 tahun bertindak sedemikian selepas berpura-pura bersetuju melakukan hubungan seks bersama.

“Kejadian berlaku di sebuah rumah sewa di Lorong Lajong, Jalan Brooke Drive (Sibu), selepas suami suspek berusia 28 tahun bertindak membawa isteri kedua berusia 34 tahun, ke kediaman isteri pertamanya, untuk berbincang berkenaan hubungan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Sambutan Hari Polis ke-212 Tahun, di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

Difahamkan, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai anak dengan suaminya manakala suspek sudah tinggal bersama lelaki yang sama selama tujuh tahun, namun hanya berkahwin secara adat di rumah panjang dan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

Stanley berkata kedua-dua wanita itu dan suami mereka yang bekerja dalam industri balak di Kepulauan Solomon, pada awalnya bersetuju untuk melakukan hubungan seks bersama dan difahamkan, ketiga-tiga mereka sempat minum minuman keras sebelum kejadian.

"Mereka bertiga kemudian bersetuju untuk melakukan 'threesome' (hubungan seks bertiga) di dalam bilik yang hanya diterangi cahaya daripada televisyen sahaja," katanya.

Ketika itu, katanya suspek kemudian telah keluar dan memberitahu suaminya bahawa dia mahu membuang air kecil.

Jelasnya lanjut, si suami kemudian turut melakukan seks dengan mangsa tetapi dia berhenti kerana tidak sedap hati dan berbaring di atas tilam di sebelah mangsa sambil muka menghadap ke arah dinding dan mahu tidur.

“ suspek mengambil peluang menikam alat sulit mangsa ketika mereka berada dalam sebuah bilik dan suami suspek menyedari perbuatan itu selepas isteri pertamanya bergegas lari dari bilik itu.

“Suami suspek kemudian bertindak mengejar suspek selepas mendengar isteri keduanya mengerang kesakitan sambil memberitahu dirinya ditikam.

“Suami suspek berjaya mengejar dan menahannya sebelum menyerahkannya kepada pihak polis,” katanya.

Tambah beliau, punca kejadian disyaki disebabkan suspek berang apabila suaminya membawa mangsa datang ke rumah sewa mereka.

“Pihak polis yakin perbuatan bermotifkan dendam dan cemburu kerana suspek sudah lama mengetahui suaminya itu menjalin hubungan dengan mangsa. Mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sibu walaupun mengalami banyak pendarahan,” katanya.

Kata Stanley, kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan pisau.

 

 

 

1 Comment