Singkir Guru Besar SJK Tamil Taman Melawati yang 'menyusahkan' ibu bapa mana Menteri Pendidikan?
04:03 Mar 29, 2019  |  By SabahKini2
Singkir Guru Besar SJK Tamil Taman Melawati yang 'menyusahkan' ibu bapa mana Menteri Pendidikan?

Ketika sibuk membela 7 orang mahasiswa UM yang bertindak biadap ganggu majlis orang lain mana Dr Mazlee Menteri Pendidikan ketika ibubapa dan LPS mengadu masalah SJKT Taman Melawati? Belum selesai hingga kini..

Baru-baru ini Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan lebih sibuk mempertahankan 7 orang mahasiswa Persatuan Umany UM kumpulan budak-budak bimbingan DAP mengganggu program Najib Santai Bossku bersebelahan Restoran Amjal.

Malah menteri mengarahkan agar semua Naib Cancelor menyokong kekasaran dan berbuatan biadap mahasiswa UM itu sebagai usaha menghalang demokrasi.

 

Sedangkan 2 Mac 2019 satu surat aduan mengenai Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati telah dihantar untuk menyingkirkan Guru Besar bengis bernama Cik Puspharani. Tiada tindakan dilakukan hingga sekarang. Tidak mahukah Menteri Pendidikan mempertahankan ibubapa pelajar di SJKT itu?

Pada 12 Mac lalu portal Malaysiakini turut melaporkan mengenai Cik Puspharani Guru Besar yang banyak melakukan salah laku pengurusan adalah punca bangunan sekolah tidak dapat dibina.

Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati berang dan menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) campur tangan berhubung kelewatan pembinaan bangunan tambahan tiga tingkat sekolah itu.

 

Pengerusi LPS sekolah itu, Dr D Mahaganapathy berkata peruntukan bagi pembinaan bangunan tambahan itu telah pun diluluskan.

Namun, Mahaganapathy mendakwa guru besar sekolah itu, enggan memperbaharui permit atau perakuan pendaftaran LPS.

"Ini masalah yang sangat pelik. Kami sudah ada peruntukkan sebanyak RM1.5 juta daripada The Community Chest. 

"KPM, JKR (Jabatan Kerja Raya) dan MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) sudah bagi kebenaran bagi membina bangunan. 

"Namun, masih tidak dapat memulakan pembinaan kerana guru besar masih enggan memperbaharui permit LPS," katanya kepada pemberita dalam sidang media sebelum ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKT Taman Melawati Noorul Manan dan Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar, M Jegan.

LPS merupakan lembaga yang bertanggungjawab menguruskan infrastruktur sekolah. Guru besar bagi sekolah itu pula akan dilantik sebagai setiausaha LPS.

Mahaganapathy mendakwa guru besar sekolah itu pernah meminta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor agar membubarkan pendaftaran LPS dalam mesyuarat 1 Mac yang lalu.

Menurutnya lagi, mengikut piawaian yang ditetapkan oleh The Community Chest, pendaftaran LPS adalah satu kriteria untuk mendapatkan peruntukkan walaupun peruntukan itu sudah diluluskan pada 5 Feb 2018.

"Sebagai setiausaha LPS, adalah tanggungjawab guru besar untuk memperbaharui pendaftarannya. Tetapi, di sini beliau cuba membubarkan kerana sebab yang kami tidak fahami.

"Kami nak KPM campur tangan dalam hal ini agar pembinaan bangunan tambahan sekolah dipercepatkan," katanya.

LPS mahu singkirkan Pusphasari Guru Besar SJK Tamil Taman Melawati.

SJKT Melawati mempunyai 200 murid dengan lapan bilik darjah termasuk makmal Sains dan makmal komputer yang kini digunakan sebagai bilik darjah.

Surat-surat aduan telah dihantar oleh ibubapa kepada Pengarah Pendidikan Negeri Selangor memaklumkan mengenai masalah sikap Guru Besar Cik Pusharani yang sombong serta terlibat dengan salahlaku pengurusan SJK Tamil Taman Melawati.

Mana Menteri Dr Maszlee yang jenis mahu jadi ‘Kaki Hero’ itu? Kenapa belum ambil tindakan lagi? Panggul media dan nyatakan tindakan sedang dbuat.

Bukan membiarkan Guru Besar wanita berbangsa India iru terus kekal sebagai Guru besar diktator. Kenapa mahu melindungi Napoleon kecil yang jelas melanggar dasar pendidikan negara.

 

Banyak surat aduan terhadap Guru Besar ini. Apa tindakan Menteri Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor? 

 

 

 

 

 

 

 

1 Comment