RM50 ribu masuk poket mengapa Fred Gabriel bohong jual parti kepada rakyat?
08:11 Nov 25, 2017  |  By SabahKini2
RM50 ribu masuk poket mengapa Fred Gabriel bohong jual parti kepada rakyat?

Jika Fred Gabriel merasakan pendedahan Sabahkini2 sebagai tidak benar, beliau boleh melaporkan kepada pihak polis tentang tuduhan ini atau mengambil tindakan undang-undang menyaman.

KOTA KINABALU: Selepas sahaja pendedahan Sabahkini2 berhubung penjualan Parti Pembangunan Warisan Sabah (Sabah Heritage Development Party) oeh Fred Gabriel dalam RM500,000 sejak semalam kumpulan media komunikasi Parti Warisan Sabah berusaha menjawab isu berbangkit termasuk Fred Gabriel hari ini membuat penafian menjual partinya kepada Shafie Apdal. Portal Borneotoday dan Freemalaysia today menyiarkan berita penafian Fred Gabriel itu.

Menjawab artikel portal SabahKini2, Gabriel memberitahu FMT pengambilalihan parti itu tahun lalu tidak melibatkan pertukaran wang.

“Semua itu bohong. Saya masih hidup dan berjuang bersama Warisan. Siapa buat cerita? Saya akan saman mereka yang reka cerita mengarut itu,” 

“Pihak yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah ini memang sudah kemaruk isu dan tidak perlulah kita layan,” katanya

Pihak Sabahkini2 mempunyai sumber sahih dan bukti berhubung urusan jual beli Parti Pembangunan Warisan Sabah yang akhirnya diambil secara salah oleh Shafie Apdal tanpa mengadakan Mesyuarat Agung parti. Pelantikan Shafie Apdal dan beberapa Jawatakuasa Tertinggi parti seharusnya dilakukan dalam Mesyuarat Agung bukan diumumkan dalam media. Ini termasuk kesalahan menamakan sayap pemuda dan wanita sebagai "Wira dan wirawati" bukan dalam Mesyuarat Agung AJK Parti Warisan asal. 

Ini bermakna pergerakan Shafie Apdal sebagai Presiden Parti Warisan, Timbalan Presiden, para Naib Presiden, barisan jawatankuasa tertinggi atas nama Shafie Apdal Presiden baru Parti Warisan adalah tidak sah. Parti Pembangunan Warisan Sabah diluluskan pada 2013 yang diterajui Gabriel pasti mengetahui pelanggaran Perlembagaan parti itu yang boleh menyebabkan Parti Warisan dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). 

Siapakah yang berbohong? Mengapa Fred Gabriel menafikan telah menjual Parti Pembangunan Warisan dengan harga RM500,000 dan beliau telah menerima RM50,00 pendahuluan serta bakinya RM450 ribu lagi belum dibayar. Bolehkah Fred Gabriel menafikan dari 15 orang AJK asal 9 orang membantah malah setiausaha agung yang asal turut tidak berpuas hati.

Pihak editor Sabahkini2 percaya 9 orang AJK yang berbalah dengan Fred Gabriel sedang dihubungi oleh Shafie Apdal untuk dibayar bagi menutup mulut dan sedang membetulkan dokumentasi Parti lama kepada Parti baru. 

Jika Fred Gabriel merasakan pendedahan Sabahkini2 sebagai tidak benar, beliau boleh melaporkan kepada pihak polis tentang tuduhan ini atau mengambil tindakan undang-undang menyaman. Sudah lebih 24 jam setakat sehingga hari ini Fred Gabriel belum melaporkan kepada pihak polis atau tindakan saman. Sabahkini2 tidak gentar dan kita akan dedahkan satu persatu penyelewengan Fred Gabriel membelakangkan AJK Parti Warisan lamanya.

Sebenarnya apa yang menggusarkan kepada Fred Gabriel Presiden Parti Warisan asal yang kini disogok jawatan Timbalan Penyelaras Warisan DUN Papar ialah terdedahnya jumlah harga parti dijual RM500 ribu dan beliau mengambil RM50 ribu tanpa mengagihkan kepada rakan-rakan AJK asal. Jadi beliau kini berusaha menepis isu wang itu.

Sabahkini2 juga bersedia dengan persiapan untuk laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) serta mendedahkan laporan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) milik Fred Gabriel serta segala transaksi yang diterma oleh Fred dari Shafie Apdal dan Peter Anthony.

Comment