Junz Wong gagal, Lim Guan Eng tidak luluskan BMT pekebun kecil getah Sabah
03:03 Mar 31, 2019  |  By SabahKini2
Junz Wong gagal, Lim Guan Eng tidak luluskan BMT pekebun kecil getah Sabah

Sebelum berkuasa janji, selepas berkuasa 100 hari gagal berjanji lagi, kini sudah 10 bulan Menteri Warisan terus gagal mengurus LIGS. Harga getah dan kos sara hidup terus naik. Kini BMT pula tak dapat.

Sebelum berkuasa pada 28 November 2017 Junz Wong berapi-api mahu menstruktur LIGS bagi membantu industri getah Sabah 8 saranan beliau hingga sekarag beliau mengaku amat sukar melaksanakannya. Harga masih rendah, menentukan kandungan getah kering (DRC), monopoli kilang, membenteras orang tengah dan menghapuskan cukai eksport 10 peratus.

Bukan itu sahaja gagal dalam janji 100 hari beliau merayu kepada pekebun kecil getah untuk bersabar dan minta lebih masa. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas gagal naikkan harga getah Menteri merayu mohon lebih masa ]

 Selepas gagal naikkan harga getah Menteri merayu mohon lebih masa

Sekarang sudah 10 bulan Kerajaan Warisan berkuasa segala apa yang disuarakan oleh Junz Wong sebelum ini dan kini beliau Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah terus gagal dilaksanakan.

Kini pekebun kecil getah di Sabah tidak diberikan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) hanya pekebun kecil getah dibawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) diberikan BMT.

Junz Wong bersama pegawai dari Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sudah membincangkan perkara itu dengan Kementerian Industri Utama beberapa kali namun terus gagal.

Kementerian Kewangan mengumumkan pemberian BMT sebanyak RM600 bagi pekebun kecil getah di bawah Risda di seluruh negara, Disember lalu namun bagi pekebun getah bawah LIGS di Sabah mereka tidak layak.

Mahu membela hak Sabah? Hal sekecil ini pun Menteri Warisan gagal menanganinya.

Wong berkata, kementeriannya dan kementerian di peringkat persekutuan membuat satu perjanjian secara dasar, dengan surat dihantar ke Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan tambahan bagi pemberian bantuan itu di Sabah.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan menolak permohonan itu.

Keadilan apa untuk rakyat Sabah di bawah Kerajaan Pakatan Harapan ini? MA63 gagal ditunaikan, royalti 20 peratus Petronas gagal diberikan, hasil 40 peratus dan Sabah Sarawak sebagai equal partner nampaknya masih terus gagal dipraktikkan.

Pekebun kecil getah bawah LIGS mempersoalkan sikap kerajaan PH menganaktirikan rakyat Sabah.

“Kami ialah penyumbang utama untuk pengeluaran getah di Sabah. Kami berhak dibantu juga,” kata salah seorang pekebun kecil itu, George Gideon.

“Jelas PH tidak ikhlas memenuhi manifesto khas bagi Sabah,” kata seorang lagi pekebun kecil, Raymond Mogantar.

Mereka menggesa Kementerian Kewangan bawah Lim Guan Eng mengkaji semula keputusan itu kerana dana untuk pekebun kecil Risda datang daripada rakyat dan patut diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak patut ada sebarang bentuk pilih kasih atau keputusan yang boleh dilihat bersifat menindas,” kata Mogantar.

Terdapat 70,594 pekebun kecil getah berdaftar dengan LIGS yang terdiri daripada 51,949 pekebun kecil dan 18,645 penoreh getah.

Risda mempunyai keseluruhan 6,055 pekebun kecil getah berdaftar di Sabah.

 

 

6 Comments