Dulu Lim Guan Eng protes Lynas kini diteruskan demi pelabur asing kata Menteri PH
13:03 Mar 31, 2019  |  By SabahKini2
Dulu Lim Guan Eng protes Lynas kini diteruskan demi pelabur asing kata Menteri PH

Kata Lim Guan Eng Lynas loji nuklear meletup dan membunuh semua rakyat tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban namun kini demi tarik pelabur asing

LIM GUAN ENG tentang Lynas...kini...

KUALA LUMPUR- Kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) akan diteruskan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing melabur di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, ia bagi memastikan pelabur asing melihat Malaysia sebagai satu negara yang mempunyai persekitaran perniagaan yang mesra.

“Kita nak beritahu kepada pelabur-pelabur kita tidak akan tutup kilang Lynas. Itu keputusan kerajaan untuk menarik lagi pelabur asing atau dalam negara untuk berkecimpung dalam pembuatan produk-produk seperti di Lynas.

“Itu penting. Ini akan beri satu signal yang jelas kepada pelabur-pelabur asing untuk datang ke sini dan saya mahu menyeru kepada pelabur asing supaya jangan gusar jangan khuatir kerana Malaysia baharu ini adalah satu kerajaan yang mempromosikan suasana perniagaan yang mesra,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pembangunan Usahawan Penggiat Seni.

Wong Tack

Fuziah

Najib Razak dalam facebooknya menyindir Kerajaan PH dan Lim Guan Eng kerana nampaknya mereka tidak takut lagi bahaya Lynas.

“Fuh! Guan Eng dah tak takut "loji nuklear meletup dan membunuh semua rakyat tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban" lagi.

Fuziah dah tak takut masak ikan bermata tiga.

Wong Tack dah tak bersumpah mahu bakar kilang Lynas lagi.

PH dah tak takut Raykat bertukar jadi mutant.

Menteri kata Lynas diteruskan dan ini adalah satu usaha kerajaan PH untuk menarik pelabur asing.

Dulu: Stop Lynas, Save Malaysia, Kini: Continue Lynas, Save Malaysia.

Maksudnya, langkah kerajaan BN dahulu adalah tepat dan ikhlas untuk pembangunan negara walaupun kita dimaki dan difitnah teruk.

Maksudnya juga, satu Malaysia pernah dikelentongkan oleh seluruh barisan pemimpin PH”. katanya

Video Lim Guan menentang Lynas dalam facebook Najib ditonton lebih 300 ribu warganet, 9000 likes, lebih 1200 komen, lebih 1700 share

1 Comment