Justeru, Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya tidak boleh memberi maklum balas mewakili Peguam Negara (AG).

“CLP (Peperiksaan Sijil Amalan Guaman) bukan di bawah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia), CLP itu di bawah undang-undang.

“Jadi awak tak boleh tanya saya untuk bercakap bagi pihak Peguam Negara (AG),” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu UEC di sini hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Penutup Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Masyarakat dan pemimpin Pakatan Harapan Simpang Renggam di sini.

Ditanya adakah mana-mana perkara berkaitan di bawah pihak kementerian beliau belum mendapat pengiktirafan, Maszlee sekali lagi mengulangi jawapan bahawa PSAG itu di bawah AG dan beliau tidak boleh menjawab bagi pihak AG.

Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, perkara berkaitan UEC di bawah kementeriannya boleh dirujuk kepada Pasukan Petugas Dasar UEC yang ditubuhkan untuk mengemukakan maklumat dan mengemukakan syor berhubung isu pengiktirafan sijil itu.

“Kita telah tubuh satu jawatankuasa khas dan baru-baru ini kita sudah mengadakan sidang media, jadi boleh rujuk balik kenyataan itu, banyak telah kita buat...boleh rujuk semula kenyataan yang dibuat pada sidang media itu,” katanya. - UO