SPRM tahan Ahmad Sabki Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
16:04 Apr 01, 2019  |  By SabahKini2
SPRM tahan Ahmad Sabki Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Gara-gara jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000 Setiausaha Politik Menteri YB Salahuddin Ayub ditahan SPRM.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Sabki bin Yusof ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penerimaan jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000.

Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan sekitar jam 5 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Sumber memberitahu pemberian jam itu dipercayai sebagai dorongan daripada sebuah syarikat untuk membolehkan projek di bawah kementerian berkenaan dapat dibangunkan.

“Siasatan mendapati jam itu bernilai tinggi dan sebagai hadiah bertujuan untuk memperoleh projek kementerian.

“Ahmad Sabki ditahan untuk melihat sejauh mana beliau terbabit dalam kes itu. SPRM juga sedang menyiasat kemungkinan kewujudan kes rasuah lain,” kata sumber itu

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret Putrajaya,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Salahuddin Ayub menegaskan tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak SPRM dan saya akan membiarkan undang-undang mengambil tempatnya.

Sebelum ini Setiausaha Politik Menteri Pertahanan terlibat dengan rasuah apabila mengaku menerima wang RM800 ribu untuk menyelesaikan hutang muflisnya. Bagaimanapun sehingga kini kes rasuah itu telah ditutup SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Azhar Setiausaha Politik Menteri mengaku terima wang RM800 ribu dari kontraktor]

Butir-butir maklumat Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 

Nama OKT : Ahmad Sabki bin Yusof
Umur: 47 Tahun
IC: 720224-11-5137
Alamat IC : 46 Jalan 4/7 Taman Changkat Desa 68100 Kuala Lumpur W.Persekutuan KL
Warganegara: Malaysia
Alamat Rumah Sewa: 25 Jalan SU1C Taman Sering Ukay, Ukay Perdana 68000, Ampang Selangor.
Pekerjaan: Setiausaha Politik (SUPOL), Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani .
Tarikh/Masa Tangkapan: 1 April 2019 @1729 hrs
Kesalahan: Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009
Nilai yg terlibat: Anggaran RM 28 Ribu
Tempat Tangkapan: Aras SB, Blok C, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

 

1 Comment