Kerana Omega RM28 ribu, Setiausaha Politik Salahuddin Ayub direman 4 hari
13:04 Apr 02, 2019  |  By SabahKini2
Kerana Omega RM28 ribu, Setiausaha Politik Salahuddin Ayub direman 4 hari

Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman Ahmad Sabki Yusof berusia 47 itu sehingga 5 April ini.

PUTRAJAYA:  Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Sabki bin Yusof yang ditahan semalam direman 4 hari bermula hari ini berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM tahan Ahmad Sabki Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman Ahmad Sabki Yusof berusia 47 itu sehingga 5 April ini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati Setiausaha Politik Menteri itu menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kelolaan kementerian terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

 

 

 

4 Comments