Jangan terburu-buru: Tangguhkan Cadangan Pindaan Artikel 1(2) status Sabah Sarawak- Anifah
17:04 Apr 04, 2019  |  By SabahKini2
Jangan terburu-buru: Tangguhkan Cadangan Pindaan Artikel 1(2) status Sabah Sarawak- Anifah

Menggesa pihak Kerajaan Persekutuan agar tidak terburu-buru kerana ini mungkin akan mendapat tindakan negatif jika tidak diberikan perhatian serta kajian yang sewajarnya sebelum pindaan dibuat. Kita seharusnya menyemak serta memahami kesemua syarat-syarat

KENYATAAN AKHBAR YB DATO' SRI ANIFAH HAJI AMAN, AHLI PARLIMEN P.176 KIMANIS MENGENAI CADANGAN PEMINDAAN ARTIKEL 1 (2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN UNTUK MENGEMBALIKAN STATUS SABAH DAN SARAWAK SEBAGAI RAKAN SEKUTU DENGAN PERSEKUTUAN NEGERI TANAH-TANAH MELAYU


4 APRIL 2019

Cadangan pemindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dengan Persekutuan Negeri-Negeri Tanah Melayu amatlah penting bukan sahaja kepada penduduk Sabah dan Sarawak, malah kepada semua rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, ketika penduduk Sabah dan Sarawak berdebar-debar menantikan pemindaan tersebut, adalah wajar juga untuk mengambil langkah cermat dengan tidak terburu-buru membuat pindaan tersebut dengan mengambil kira kesan jangkamasa panjang dan akibatnya kepada kedua-dua negeri kepulauan Borneo ini.

Konsep rakan sekutu ini perlu dijelaskan dengan sepenuhnya dalam bentuk syarat-syarat Perlembagaan yang boleh dilaksanakan - didalam penggunaan bahasa yang jelas menyatakan apakah tanggungjawap dan duti yang Sabah dan Sarawak berhak diberikan oleh Persekutuan selama ini. Kesemua ini perlu diperjelaskan sedemikian agar tidak timbul keraguan berhubung dengan hak2 tersebut. Ia harus dilakukan Secara holistik dan selari dengan konsep Malaysia sebagai sebuah negara progresif yang mana rakyatnya hidup bersatu padu Aman dan harmoni.

Isu ini sudah sekian lama mengakibatkan perasaan kurang senang di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.

Melihat kepada betapa penting hal ini serta mengambil kira akibatnya nanti, cadangan pemindaan harus dilaksanakan tanpa berpihak kepada mana-mana parti sebaliknya melibatkan kesemua pihak yang berkepentingan. Khususnya, deraf rang undang-undang pemindaan harus juga didebatkan di Dewan Undangan Negeri di Sabah dan Sarawak sebelum meluluskan kandungan deraf pemindaan tersebut.

Dengan demikian, Saya ingin menggesa pihak Kerajaan Persekutuan agar tidak terburu-buru kerana ini mungkin akan mendapat tindakan negatif jika tidak diberikan perhatian serta kajian yang sewajarnya sebelum pindaan dibuat. Kita seharusnya menyemak serta memahami kesemua syarat-syarat pindaan ini sebelum dibentangkan dalam Parlimen oleh pihak Kerajaan.

Maka adalah dicadangkan agar perbincangan tentang cadangan pemindaan Artikel 1(2) ini ditangguh ke persidangan PARLIMEN akan datang.

Sekian.

YB DATO' SRI ANIFAH HAJI AMAN
AHLI PARLIMEN P.176 KIMANIS

3 Comments