Amrin diarah letak jawatan Pengarah Urusan penggantinya bekas pegawai Sime Darby Property?
22:04 Apr 04, 2019  |  By SabahKini2
Amrin diarah letak jawatan Pengarah Urusan penggantinya bekas pegawai Sime Darby Property?

Seorang lagi Pengarah Urusan Kumpulan GLC diarah meletak jawatan. Amrin Awaluddin akur dengan keputusan berundur. Desas-desus mengatakan tempatnya bakal digantikan dengan bekas pegawai Sime Darby Property.

KUALA LUMPUR: Desas-desus Datuk Seri Amrin Awaluddin sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Bhd ditamatkan akhirnya realiti apabila Sime Darby Property Bhd (Sime Darby Property) mengumumkan peletakan jawatan Amrin Awaluddin berkuatkuasa 3 Mei ini.


Dalam mesejnya kepada warga Sime Darby Property beliau memaklumkan peletakan jawatannya

Turut diumumkan pelantikan Datuk Wan Hashimi Al Bakri Wan Ahmad Amin Jaffri sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan.

Datuk Seri Amrin Awaluddin bekas Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima yang juga anak didik Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan (Bekas Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Penasihat Komunikasi Perdana Menteri) sebenarnya diarah meletakkan jawatan berikutan pelantikannya sebelum ini dikaitkan dengan ‘kabel’ kerajaan terdahulu.

Pelantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin dikaitkan dengan Mentornya Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan
Penasihat Komunikasi PMO. Ia pelantikan 'kabel' ke Sime Darby Property.

 

Menurut sumber dalaman, Pengerusi Sime Darby Property, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak senang dengan Amrin Awaluddin ini berhubung beberapa skandalnya di syarikat itu selain gemar membelakangi Pengerusi. Oleh itu sementara waktu pelantikan Wan Hashimi terpaksa dibuat bagi membolehkan kumpulan melaksanakan strategi yang telah dirancang dengan gangguan minimum kepada operasi.

Wan Hashimi akan memangku jawatan berkenaan selepas tarikh berkenaan sementara Lembaga Pengarah menjalankan proses mencari pengganti Amrin secepat mungkin.

Datuk Wan Hashimi Al Bakri Wan Ahmad Amin Jaffri sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan.

Wan Hashimi memegang jawatan sebagai Ketua Operasi Kumpulan dan beliau juga adalah bekas Ketua Eksekutif Negara Properties (M) Bhd yang kini menjadi sebahagian daripada Sime Darby Property.

Sumber rapat kerajaan PH juga berkata beberapa nama bekas pegawai Sime Darby Property yang berpengalaman turut disenarai pendek mengisi kekosongan Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Bhd. Setakat ini tiga nama telah dikenal pasti.

Zeti adalah anggota CEP. Sejak dari awal CEP  ialah menyingkirkan semua CEO yang dilantik kerajaan BN

Dalam satu kenyataan media Pengerusi Sime Darby Property, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menyingkirkan Amrin mengucapkan terima kasih kepada Amrin.

“Lembaga Pengarah merakamkan penghargaan kepada Amrin di atas perkhidmatan dan sumbangannya kepada kumpulan dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada kerjayanya di masa hadapan.

Baru-baru ini, Sime Darby Property mengumumkan peningkatan 16 peratus dalam perolehan teras kepada RM153 juta dan kenaikan 7.9 peratus pendapatannya kepada RM1.27 bilion. 

The Edge Financial Daily melaporkan Amrin Awaluddin bakal menyertai Boustead Holdings Bhd. Tidak diketahui kesahihan laporan itu. Jika benar Apakah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu akan merestui Amrin di Boustead yang kini kontroversi dalam penjualan aset-asetnya.

 

 

 

 

 

 

2 Comments