Kadar hibah itu merupakan agihan terendah dalam sejarah.

Terus menyalahkan BN, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mewarisi Tabung Haji daripada kerajaan sebelum ini dalam suasana yang disifatkannya sebagai amat menyedihkan.

"Selama empat tahun berturut-turut Tabung Haji telah keluarkan dividen dengan melanggar aktanya sendiri. Kerana itu kita hadapi masalah jurang defisit tinggi berbanding aset.

"Inilah legasi (dari kerajaan dahulu) bukan apa yang kita buat. Sebanyak RM17.8 bilion adalah kos salah laku dalam Tabung Haji sebelum ini. Kita harap insya-Allah selepas proses penstrukturan ini Tabung Haji akan memberikan dividen yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah Bagi Tahun 2018 di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Yang turut hadir timbalannya, Fuziah Salleh; Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Md. Nor Yusof serta Pengarah Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat .

Mengikut rekod, 2012 merupakan tahun tertinggi pemberian hibah Tabung Haji iaitu 6.5 peratus disusuli 2014 (6.25 peratus dan penambatan 2 peratus hibah haji); 2013 (6 peratus dan penambahan 2 peratus hibah haji); 2015 (5 peratus dan penambahan 3 peratus hibah haji); 2017 (4.5 peratus dan penambahan 1.75 peratus hibah haji) dan 2016 (4.25 peratus dan penambahan 1.5 peratus hibah haji).

Dalam pada itu, Mujahid menambah, pelan penstrukturan yang dilaksanakan membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menyelamatkan Tabung Haji demi kepentingan 9.3 juta pendepositnya.

Dalam menzahirkan komitmen itu jelasnya, kerajaan akan memberi peruntukan sebanyak RM500 juta pada 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.

Sementara itu, Zukri berkata, Tabung Haji telah mencatatkan lebihan aset sebanyak RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu sekali gus menunjukkan kedudukan kewangan yang semakin pulih jika dibandingkan dengan keadaan defisit aset RM4.1 bilion yang dialami berdasarkan laporan kewangan diaudit bagi 2017.

"Setakat 31 Disember 2018, Tabung Haji merekodkan aset keseluruhan berjumlah RM76.5 bilion yang lebih tinggi berbanding liabiliti berjumlah RM75.5 bilion. Pendapatan bagi tahun tersebut adalah RM4.2 bilion manakala keuntungan boleh agih sebanyak RM2 bilion," katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan mengapa Tabung Haji hanya mengagihkan RM913 juta sahaja kepada pendeposit sedangkan keuntungan boleh agih bagi tahun kewangan 2018 yang diumumkan mereka sebelum ini sebanyak RM2 bilion.

“Ke manakah baki keuntungan RM5.8 bilion hasil penjualan aset-aset berharga Tabung Haji kepada syarikat tujuan khas (SPV) Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.? Sebagaimana laporan menteri sebelum ini jumlah aset bernilai RM10 bilion telah berjaya dijual pada nilai RM19.9 bilion.

“Sekiranya keuntungan ini digunakan untuk menutup defisit RM4.1 bilion aset pada 2017, maka ia masih berbaki RM5.8 bilion. Namun, Tabung Haji hanya mengisytiharkan RM2 bilion sahaja keuntungan boleh agih. Ke mana perginya RM3.8 bilion baki keuntungan hasil jualan aset-aset ini?” soal beliau dalam laman Facebook rasminya di sini hari ini.

Selain itu, Asyraf Wajdi turut mempersoalkan sama ada kerajaan mampu memberi jaminan terhadap aset-aset yang dijual Tabung Haji kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. mampu ditebus pada nilai sepatutnya.

[ARTIKEL LAIN - 

Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji ]

Menteri Agama sahkan aset Tabung Haji RM19.9b diurus oleh cina DAP Mr Chen Yin Heng ]