Boustead kutip Amrin sebagai Pengarah Urusan
10:04 Apr 06, 2019  |  By SabahKini2
Boustead kutip Amrin sebagai Pengarah Urusan

Disingkir dari Sime Darby sehingga 3 Mei tetapi dikutip Boustead bermula 6 Mei 2019.

KUALA LUMPUR 5 April - Datuk Seri Amrin Awaluddin yang disingkirkan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Bhd kini dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Holdings Berhad (Boustead) berkuat kuasa 6 Mei 2019.

[ARTIKEL BERKAITAN- Amrin diarah letak jawatan Pengarah Urusan penggantinya bekas pegawai Sime Darby Property? ]

Amrin diarah letak jawatan Pengarah Urusan penggantinya bekas pegawai Sime Darby Property?

Sebagaimana dijangka sebelum ini pengumuman pelantikan tersebut dibuat Boustead melalui Bursa Malaysia.

Sementara itu, Boustead dalam kenyataannya berkata, Amrin memiliki pengalaman luas dalam arena korporat negara dengan pelbagai peranan penting bagi memacu kejayaan syarikat-syarikat di Malaysia termasuk Renong Bhd., Malaysian Resources Corporation Bhd., Sistem Televisyen Malaysia Bhd., Media Prima Bhd. dan Sime Darby Property Bhd.

Menurut Pengerusi Boustead, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Che Mat berkata, syarikat mengalu-alukan Amrin sebagai Pengarah Urusan yang baharu dan yakin pengalaman yang dimiliki beliau akan membantu memacu prestasi kumpulan pada masa depan.

Semalam, Sime Darby Property mengumumkan peletakan jawatan Amrin, 52, sebagai Pengarah Urusan syarikat itu berkuat kuasa 3 Mei depa yang sebenarnya beliau diarah meletakkan jawatan untuk memberi ruang kepada penggantinya bekas pegawai Sime Darby Property Bhd.

Awal Mac lalu Boustead Holdings Bhd (BHB) menjual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang kepada Hotel Royal Ltd, syarikat yang disenaraikan di Singapura dengan nilai RM197 juta secara tunai.

Menurut BHB penjualan hotel itu sebahagian daripada rancangan keseluruhan kumpulan Boustead untuk kembali mencatat keuntungan dengan cara menjual aset bukan strategik.

Dikatakan Datuk Seri Amrin Awaluddin akan menyambung usaha menjual aset-aset Boustead Holdings Bhd.

 

Comment