Hajiji dilantik penyelaras Bersatu Sabah
17:04 Apr 06, 2019  |  By SabahKini2
Hajiji dilantik penyelaras Bersatu Sabah

Terdahulu, presiden parti itu turut membayangkan Hajiji sebagai pengerusi kerana beliau telah melakukan banyak kerja dalam menubuhkan cawangan di negeri itu.

PENGERUSI Bersatu Dr Mahathir Mohamad menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, Hajiji Mohd Noor sebagai penyelaras Bersatu Sabah.

Terdahulu, presiden parti itu turut membayangkan Hajiji sebagai pengerusi kerana beliau telah melakukan banyak kerja dalam menubuhkan cawangan di negeri itu.

Dr Mahathir hari ini juga mengisytiharkan penubuhan cawangan parti di negeri itu dan berkata ia merupakan acara terbesar yang dilihat beliau sejak kebelakangan ini.

Penganjur menjangka lebih daripada 20,000 orang hadir.

Sementara itu Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya berkata, beliau percaya sama ada Sabah atau Sarawak akan melahirkan seorang perdana menteri pada masa depan.

“Saya percaya suatu hari nanti, perdana menteri akan datang dari Sabah atau Sarawak kerana kita semua rakyat Malaysia

“Sesiapa juga boleh menjadi pemimpin asalkan orang itu mempunyai kemampuan,” kata pengerusi PPBM itu disambut tepukan gemuruh hadirin pada majlis pelancaran rasmi PPBM Sabah di Penampang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, 7 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah menerima kad keahlian PPBM mereka pada majlis itu

7 Comments