RM13 Juta dirampas di Hotel Promenade milik Peter atau Tan Sri?
14:11 Nov 26, 2017  |  By SabahKini2
RM13 Juta dirampas di Hotel Promenade milik Peter atau Tan Sri?

Siapa pemilik RM 13 juta yang dirampas Jabatan Imigresen itu? Pengurusan Hotel Promenade tidak tahu premis pusat pelacuran?

Serbuan Jabatan Imigresen Sabah di dua lokasi iaitu Hotel Promenade dan Apartment Api-api menemukan wang tunai sebanyak RM13 juta jam 1 pagi mencetuskan persoalan siapakah pemilik wang itu serta kegiatan perniagaan.

Serbuan Jabatan Imigresen diketuai oleh Mr Tony bahagian penguatkuasaan Imigresen Kota Kinabalu memaklumkan dalam serbuan pertama, pasukan itu menemui wang tunai sebanyak RM8 juta di Hotel Promenade dan RM5 juta di Apartment Api-Api Centre selain membuat tangkapan

 “Wang di hotel itu ditemui disimpan di dalam kotak minuman keras dan laci,” kata sumber.

“Manakala wang di apartmen turut ditemui tersembunyi di dalam kotak minuman keras.

Bagaimanapun sidang media Jabatan Imigresen semalam di Port Dickson bersama Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berubah dengan menyatakan pihaknya menemui kira-kira RM11.88 juta di sebuah bilik di hotel Promenade sebelum pemeriksaan susulan di sebuah pangsapuri tidak jauh dari situ menemui lebih RM1.17 juta.

Dalam serbuan itu, tiga lelaki tempatan dan 17 warga asing dari Filipina dan China ditahan. Semua berumur 20 tahun hingga 40 tahun.

Wang tunai ditemui dikaitkan dengan kegiatan pelacuran, perjudian serta aktiviti pengubahan wang haram.

Siasatan Sabahkini2 mendapati Hotel Promenade Kota Kinabalu tingkat 3 memang menyediakan Pusat SPA tetapi sebenarnya aktiviti pelacuran terkenal. Pusat SPA itu diuruskan sebuah syarikat Heemanade Sdn Bhd. Semakan menunjukkan syarikat ini palsu kerana tidak mempunyai rekod dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menjadi persoalan siapa pemilik SPA atau rumah urut yang dijadikan pusat pelacuran di Hotel Promenade itu? Tak mungkin Pengurusan Promenade Hotel Sdn Bhd Group CEO,  Adrian Wei dan Alex Cham COO Promenade tidak mengetahui penyewa premis bangunan tingkat 3 itu?

Ini menunjukkan pemilik Hotel Promenade sendiri memang terlibat dalam rangkaian pusat pelacuran dan rumah urut di Kota Kinabalu seperti Hotel Palace, Oriental Hotel, Tang Dynasty dan lain-lain lagi. Rangkaian mereka ini luas sehingga di pub, karaoke, pusat rekreasi (gym) dan perkhidmatan penghantaran pelacur ke mana-mana tempat penginapan.

Promenade Hotel Sdn Bhd dimiliki Double Dynasty Group of Companies mempunyai beberapa cawangan selain Kota Kinabalu juga di Tawau, Bintulu, Fujian dan China. Pengarah urusan bagi Double Dynasty Group ialah Tan Sri Yee Ming Seng. 

Hendak tahu kekayaan Tan Sri Yee Ming Seng Pengarah Urusan Double Dynasty Group ini kita lihat satu syarikat yang dia ada. Jika itu duit dia apa nak hairan berbelas juta yang ada.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat penemuan wang tunai RM13.04 juta itu kerana kes itu adalah berprofil tinggi.

Jika siasatan dilakukan pastinya CEO Hotel bakal disiasat memandangkan operator yang mengendalikan pusat rumah urut di Hotel Promenade adalah syarikat palsu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Mustafar ketika ditanya lanjut mengenai wang yang ditemui berkata, pihaknya juga masih menyiasat sumber wang itu selain pemilik sebenar serta tujuannya.

"Saya mahu tegaskan bahawa kita berjaya memutuskan rangkaian kesalahan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang dengan rampasan wang itu yang disiasat mengikut AMLA," katanya.

Satu lagi sumber lain mendedahkan sindiket pelacuran itu ada kaitan juga dengan rangkaian pusat hiburan di Kota Kinabalu yang dikaitkan dengan kerja asal Datuk Peter Anthony pernah terlibat dalam perniagaan hiburan dan pelacuran. Sekarang beliau sebagai Naib Presiden Warisan.Peter adalah pembekal gadis kepada VIP di Sabah satu ketika. Shafie Apdal mengenali Peter Anthony ketika Peter menjadi Manager di Strawberry Night Club Segama. 

 

17 Comments