Kerajaan PH gagal pinda perlembagaan status Sabah Sarawak
16:04 Apr 09, 2019  |  By SabahKini2
Kerajaan PH gagal pinda perlembagaan status Sabah Sarawak

Usul itu hanya boleh diluluskan apabila mendapat sokongan dua per tiga daripada anggota Dewan Rakyat atau minimum 148 daripada 222 ahli parlimen

PARLIMEN- Cadangan kerajaan untuk meminda Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi mengembalikan status Sabah dan Sawarak gagal diluluskan di peringkat dasar malam ini.

Datuk VK Liew Menteri Undang-undang gagal. Nampaknya naisbnya tak bagus kerana sehari sebelum
itu beliau tewas Ketua Bahagian Batu Sapi. Kegagalan RUU bawahnya sangat memalukan

Usul itu hanya boleh diluluskan apabila mendapat sokongan dua per tiga daripada anggota Dewan Rakyat atau minimum 148 daripada 222 ahli parlimen.

Keputusan undi belah bahagi yang diadakan menyaksikan seramai 138 ahli menyokong manakala 59 lagi berkecuali.

Justeru itu Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff mengumumkan usul tersebut tidak boleh diteruskan untuk bacaan kali ketiga.

Terdahulu ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengusulkan supaya RUU itu diserahkan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen untuk dikaji di bawah peraturan mesyuarat 54(2).

Usulnya itu disokong oleh ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Namun begitu usul tersebut tidak disetujukan memandangkan lebih banyak suara yang tidak bersetuju.

Undi belah bahagian untuk usul tersebut kemudiannya dilakukan setelah lebih 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian berdasarkan Peraturan 46 fasal 4.

Keputusan belah bahagi menyaksikan 60 orang bersetuju, 136 tidak bersetuju dan 1 tidak mengundi.

Oleh itu usul untuk membawa cadangan pindaan itu ke Jawatankuasa Khas Parlimen tidak dipersetujukan

 

8 Comments