Pasukan keselamatan tangkap 'penculik' rupanya Ramlee Marhaban
13:04 Apr 12, 2019  |  By SabahKini2
Pasukan keselamatan tangkap 'penculik' rupanya Ramlee Marhaban

Datuk Ramlee Marhaban menafikan beliau dan rakan-rakannya ditangkap pihak berkuasa kerana cuba menyeludup masuk ke perairan Malaysia, dekat Pulau Mataking di Semporna.

SEMPORNA: Gara-gara meragukan bekas Pembantu Menteri Kewangan SabahDatuk Ramlee Marhaban bersama lima yang lain ditahan pasukan keselamatan, Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) di sempadan Malaysia-Filipina berhampiran Pulau Mataking Semporna, di sini pada Khamis.

Komander ATB 2 Bridgedier Jeneral Datuk Zarondin Md Amin berkata, kesemua mereka ditahan ketika bot pelancong yang dinaiki cuba menyusup masuk ke kawasan perairan Pulau Mataking, Semporna.

Sementara itu Datuk Ramlee Marhaban menafikan beliau dan rakan-rakannya ditangkap pihak berkuasa kerana cuba menyeludup masuk ke perairan Malaysia, dekat Pulau Mataking di Semporna.

Ramlee berkata beliau dengan rakan-rakannya pergi ke pulau itu kerana memantau kerja yang dijalankan di tanah miliknya itu.

“Ia perjalanan rutin. Saya telah maklumkan kepada Esscom mengenainya, tapi saya ingat mungkin Pasukan Petugas Bersama (ATB2) tidak diberitahu perkara itu,” katanya.

Ramlee dan pekerjanya dibebaskan tanpa dikenakan sebarang pertuduhan.

Ramlee menjelaskan laporan ditangkap sebagai kahabar angin kerana ia hanyalah salah faham disebabkan masalah komunikasi dalam kalangan pihak berkuasa keselamatan.

“Kadang kala saya pergi tangkap ikan. Saya ada lesen bawa senjata dan saya mengaku ada senjata dalam bot, tetapi tidak bawa lesen kerana tidak mahu ia rosak.

“Kami bawa senjata untuk pertahankan diri kerana sedar mengenai kemungkinan bahaya apabila ke kawasan tersebut,” katanya.

Pulau Mataking terletak di sempadan Malaysia-Filipina.

Ramlee berterima kasih kepada polis Semporna atas kerjasama mereka dalam perkara tersebut.

 

2 Comments