Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh majoriti 4,510 undi, selepas mendapat 10,397 undi.

Selain Mohamad, PRK itu ditandingi calon Pakatan Harapan (PH), Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd. Nor Yassin.

Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus mengumumkan keputusan berkenaan di pusat pengiraan undi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Sri Sendayan di sini malam ini.  - Bernama