Dua remaja hilang rupanya larikan dari dari rumah
04:04 Apr 16, 2019  |  By SabahKini2
Dua remaja hilang rupanya larikan dari dari rumah

Difahamkan remaja terbabit melarikan diri berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan ibu,” katanya dalam satu kenyataan,

KUALA LUMPUR: Dua remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak malam semalam, sebenarnya melarikan diri daripada rumah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kedua-dua remaja terbabit ditemui oleh ahli keluarganya di Stesen KTM Batu Tiga, dekat sini petang tadi.

“Kedua-dua mangsa ditemui oleh ibu saudara seorang daripada mereka di Stesen KTM Batu Tiga pada jam 2.30 petang tadi sebelum dibawa ke rumah wanita itu di Sungai Buloh.

“Kedua-duanya kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya oleh wanita terbabit pada jam 7.30 malam.

“Difahamkan remaja terbabit melarikan diri berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan ibu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, proses merakam percakapan kedua-dua remaja terbabit sedang dijalankan dan sebaik selesai, mereka akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk pemeriksaan kesihatan.

Terdahulu, BH melaporkan Natshatra Navanita, 15, dan rakannya Divyaa Munian, 16, kali terakhir dilihat di Maxwell Tower Condo, Bukit Gasing, Petaling Jaya pada jam 11.40 malam.

Kedua-duanya adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya.

Kehilangan mereka disahkan oleh seorang ahli keluarga terdekat ketika dihubungi BH, hari ini.

Mereka dikatakan ke sebuah kuil berhampiran kediaman mereka di Maxwell Tower Condo untuk meraikan Tahun Baru Tamil, bagaimanapun tidak pulang ke rumah.

 

 

Comment