PTI 'tertidur' di landasan kereta api maut digilis
20:04 Apr 18, 2019  |  By SabahKini2
PTI  'tertidur' di landasan kereta api maut digilis

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Abd Razak mengesahkan kejadian itu

BEAUFORT- Seorang lelaki bernama Totoh berusia dalam 20-an, PTI (tanpa dokumen)  beralamatkan Kampung Bakalau, Beaufort mati digilis keretapi dalam satu kejadian berhampiran Chan Furniture Beaufort  awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Abd Razak dalam satu kenyataan media menyatakan, pemandu keretapi yang bertolak dari Stesen Beaufort pada pukul 5:02 pagi melihat objek melintang di landasan keretapi menyangkakan sampah sebelum pada jarak 20 meter melihat dengan jelas adalah manusia.

Pemandu kemudian menggunakan brek kecemasan menyebabkan keretapi terseret dan menggilis mangsa. Mangsa cedera parah di bahagian kepala.

Laporan berita Awani

 

Comment