DAP pertaruh anak dan bekas pegawai khas MP Sandakan
23:04 Apr 25, 2019  |  By SabahKini2
DAP pertaruh anak dan bekas pegawai khas MP Sandakan

Seperti biasa DAP mengekalkan tradisi mereka jika bapa adalah MP maka anaknya bakal mewarisi kerusi itu pada masa akan datang.

SANDAKAN: DAP meneruskan tradisi politik wariskan jawatan politik kepada anak apabila anak bongsu kepada mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, Vivian Wong, diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan

Pengumuman khas itu dilakukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, selepas sesi bersama rakyat di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini.

Yang turut hadir, veteran DAP, Lim Kit Siang, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Vivian, 30, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam daripada Murdoch University, Australia, adalah pegawai khas kepada mendiang bapanya di Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Beliau turut terbabit dalam kempen politik mendiang bapanya yang memenangi kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Warisan dan Upko bukan parti komponen PH, tetapi kedua-duanya bekerjasama dengan PH di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan.

2 Comments