SPRM gempur Selangor hari ini?
17:11 Nov 28, 2017  |  By SabahKini2
SPRM gempur Selangor hari ini?

SPRM serbu Selangor esok? di mana? siapa ditangkap dan apakah isu? Apakah isu kilang dan lombong haram? Unisel atau tanah Ijok?

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan akan mengadakan serbuan esok (rabu) ke beberapa lokasi serentak di Selangor dipercayai berhubung kilang dan lombong haram yang berleluasa disebabkan rasuah di negeri Selangor

Sumber menyatakan SPRM bakal menahan Exco Selangor dan beberapa pemimpin Selangor kerana disyaki menerima rasuah dan salahguna kuasa.

22 Oktober lalu SPRM menyerbu pejabat Unisel di Bestari Jaya, Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan pejabat Jana Niaga.

Manakala pada 11 November lalu Dua pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta siasatan dijalankan jika terdapat unsur rasuah dalam isu tanah di mukim Ijok yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada dua syarikat dan akhirnya dijual kepada Eco World.

 

Comment