Vivian dan DAP mengaku bersih kubur orang Islam bukan amalan tetapi gimik PRK Sandakan
18:04 Apr 29, 2019  |  By SabahKini2
 Vivian dan DAP mengaku bersih kubur orang Islam bukan amalan tetapi gimik PRK Sandakan

Dengan hanya gambar Stephen 2015 dan 2018 ia menjadi modal DAP untuk menjadikan bersih kubur Islam amalan DAP.. Sedangkan pada tahun 2016 dan 2017 tidak ada program itu. Jelas lakonan Vivian apabila bersih kubur pun penuh jurukamera untuk publisiti

Selepas tular gambar calon DAP Vivian Wong memperalatkan kubur dalam kempen PRK Sandakan,  DAP Sabah kesal dengan kritikan itu dan terpaksa menggunakan jawapan gambar mendiang ayahnya Stephen Wong membersihkan tanah perkuburan Islam di Kampung Sim Sim.

 Menurut DAP, Vivian meneruskan usaha dilakukan mendiang bapanya, Stephen Wong namun tiada gambar Vivian Wong bersama bapanya dalam program sebelum ini.

"Adalah mengecewakan perkara ini dilihat oleh pembangkang dan sesetengah orang ramai sebagai gimik politik.

"Padahal ini amalan biasa di waktu mendiang Stephen.

"Dengan membersihkan tanah perkuburan, kami meneruskan apa yang telah dilakukan oleh Stephen Wong’. Kata setiausaha publisiti DAP Sabah, Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan hari ini.

Nampaknya begitu besar kesan gambar Vivian itu kepada kempen DAP.  Hantaran Facebook oleh pengguna bernama 'Awang Aslee' yang memuat naik gambar Vivian membersihkan tanah perkuburan Islam itu tular di media soisal digambarkan sebagai "perbuatan" memperbodohkan umat Islam di Sandakan. 

"Agak-agaklah bah kalau mahu berkempen tu. Jangan sampai lakonan tu nampak betul macam mahu memperbodohkan umat Islam di Sandakan.

"Sejak bila bah amoi-amoi (wanita) di Sandakan ini turut membersihkan dan berdukacita di kuburan orang Islam seperti dalam gambar ini kalau bukan mahu minta undi,"

Kesan hantaran facebook mengenai 'amoi-amoi' itu besar dan berimpak kepada orang Islam, DAP terpaksa menjawabnya.

Phoong berkata, DAP pada mulanya tidak mahu melayani perkara berkenaan tetapi kemudian berpendapat tuduhan sudah keterlaluan.

"Tuhan tahu kami melakukan ini sejak beberapa tahun lalu ketika zaman mendiang Stephen, semenjak 2015.

 

Tidak mempersoal tindakan mendiang Stephen tetapi Vivian

Dalam komen-komen netizen di media sosial mereka tidak mempersoalkan usaha dan tindakan Stephen sebelum ini yang dibuat ketika bukan pilihanraya. 

“Belum 100 hari kematian Stephen Wong, anaknya sudah masuk ke perkuburan orang Islam dengan tidak mengikut adab-abab Islam untuk membersihkan kubur”.

“Orang Islam jika wanita masuk ke kawasan perkuburan Islam ada adab-adabnya, cara Vivian masuk adalah salah dan ternyata pihak yang membawanya memberi nasihat yang salah. Kata Zulkifli seorang pengguna facebook.

Sebab itu dalam kerja Stephen di kawasan perkuburan tidak ada gambar Vivian bersamanya kerana mungkin Stephen memahami sensitiviti orang Islam di kawasan itu.

Jika benar Vivian menghormati orang Islam dan tempat orang Islam setidaknya dia memelihara adab ke kubur atau mungkin ke tempat beribadat orang Islam (Jika ada).

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pun hormat orang Islam di New Zealand ketika musibah kematian malah menjaga adab pakaian dan menutup kepalanya.

Tak mungkin Vivian yang sudah tinggal lama di Sabah memahami budaya berbilang kaum itu tidak faham melainkan dia dibuat lakonan segera untuk kempen pilihan raya lengkap dengan jurukamera untuk merakamkan detik-detik bekerja meraih undi orang Islam.

 

Orang Cina juga kecam Vivian beli undi

Tinjauan dalam media sosial tidak kurang juga masyarakat cina melihat itu sebagai meraih undi paling menjelikkan.

Tentunya dalam tradisi cina perbuatan melawat kubur ada adab-adabnya. Apatah lagi orang Islam perlu menjaga auratnya.

“Belum sampai 100 hari mendiang meninggal, ikut adat cina tidak sesuai pergi ke kubur." kata satu hantaran petikan dipetik Tom Yam Gong dalam facebook  

Ronnie Klassen dalam hantar facebooknya menyeru orang Sandakan jangan mengundi Vivian kerana lakonan hipokrasinya di tanah kubur.

Sementara itu Vivian dan beberapa pemimpin PH terpaksa mengadakan sidang media termasuk memanggil pemimpin PPBM serta Amanah untuk membantu menjawab isu tular berkenaan pembersihan kubur itu.

Vivian dalam kenyataan media itu mengaku mendiang ayahnya Stephen hanya pernah membersihkan tanah perkuburan itu pada 14 Jun 2015 dan 5 Ogos 2018 dan terbaru Vivian sendiri melakukan dalam PRK Sandakan.

“Pada masa akan datang, saya akan lebih berwaspada agar tidak mencetuskan pertelingkahn. Katanya

Dari penjelasan DAP itu amat jelas membersihkan kubur orang Islam bukan satu amalan dari DAP kerana pada tahun 2016 dan 2017 Stephen Wong atau Vivian tidak melakukan permbersihan di perkuburan Sim sim itu.

Ia jelas dilakukan oleh Vivian atas nasihat yang salah bagi tujuan kempen PRK Sandakan. Ia sebuah lakonan yang lengkap dengan video kamera dan jurufoto. Maka hasilnya pasti menggemparkan.

 

 

 

 

 

5 Comments