Hamid Bador Ketua Polis Negara, bayang Anwar jadi PM 8 semakin samar?
20:05 May 01, 2019  |  By SabahKini2
Hamid Bador Ketua Polis Negara, bayang Anwar jadi PM 8 semakin samar?

Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara wajib, Jumaat ini.

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu.

Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah menandatangani surat pelantikan Abdul Hamid.

“Ya, saya fikir dialah jadi IGP (Ketua Polis Negara) dan saya rasa YDP Agong sudah tandatangan surat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara wajib, Jumaat ini.

Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017.

Abdul Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain mendesak siasatan terus ketika memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Warganet melihat pelantikan Abdul Hamid sebagai KPN mengesahkan lagi desas-desus kemungkinan Anwar Ibrahim menjadi PM ke 8 tidak berlaku.

Begitu juga desas-desus pelantikan Ketua Hakim Negara yang menamakan Tengku Maimun bekas hakim yang menjatuhkan kes liwat Anwar bahawa Anwar adalah peliwat dan homoseksual

[ARTIKEL BERKAITAN- Tengku Maimun Ketua Hakim Negara, Anwar tidak mungkin PM 8

Desas-desus mengatakan Anwar Ibrahim kurang senang dengan pelantikan Hamid Bador selain beberapa pegawai kanan yang merasakan sepatutnya dilantik.

Bagaimanapun warganet berpendapat Hamid Bador adalah KP PDRM yang sesuai untuk Kerajaan PH sekarang.

 

3 Comments