Biar mahkamah jalankan tugas mereka kata Bung Muktar
16:05 May 02, 2019  |  By SabahKini2
Biar mahkamah jalankan tugas mereka kata Bung Muktar

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu, jika seseorang telah masuk ke gelanggang politik mereka harus bersedia berhadapan dengan semua kemungkinan.

KUALA LUMPUR – “Biar mahkamah jalankan tugas mereka,” kata Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menjawap pertanyaan warga net, ti:tĘŚn @zizantitan berhubung penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu, jika seseorang telah masuk ke gelanggang politik mereka harus bersedia berhadapan dengan semua kemungkinan.

Dalam satu hantaran twitter Bung menjawab Fahmi Reza yang membuat infografik ‘Selamat Jalan Bung’ ilustrasi bung meletakkan pistol di kepala dalam penjara Bung menjawabnya secara baik

“In shaa allah, perjalanan hidup kita ini semuanya ditentukan Allah, dan tidak ada yg terkecuali, kebenaran pasti menjadi benar,” katanya dalam akaun Twitter.

SPRM dalam kenyataan itu mengesahkan penahanan Bung Moktar pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad ditahan di Putrajaya pada pukul 11.15 pagi.

Pasangan suami isteri itu akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini.


Ketika ditanya pemegang akaun Twitter, Jimmy Czarr mengenai keadaan beliau, Bung Moktar berkata: “Ok x ok kita bagi ok je lah, kita dipihak yg kalah maka kita buat cara orang kalah,’

Ketika Felix K menyindirnya bakal di penjarakan sebelah Najib, Bung dengan tenang menjawabnya ‘TQ’.

 

1 Comment