RM10 juta Ramlee Marhaban saman Junz Wong dan Azis Jamman seterusnya BorneoToday?
00:11 Nov 29, 2017  |  By SabahKini2
RM10 juta Ramlee Marhaban saman Junz Wong dan Azis Jamman seterusnya BorneoToday?

Bukan saja Junz Wong dan Azis Jamman disaman RM10 juta sepatutnya portal The Borneo Today (milik The Borneo Post )- Netizen

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kepada Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marhaban menyaman 2 pemimpin Parti Warisan Sabah kerana menuduh dan menggambarkan beliau sebagai seorang korupsi dalam laporan berita utama portal Borneo Today dan disebar dalam catatan media sosial pertengahan bulan ini.

Dalam tuntutan yang difailkan melalui Messrs Nurul Rafeeqa Marcel Advocates di Mahkamah Tinggi, Ramlee, yang juga Adun Bugaya, berkata Naib Presiden Warisan Junz Wong dan Ketua Pemuda Mohd Azis Jamman membuat kenyataan itu dalam laporan berita bertajuk “LUXURY VEHICLES, MANSION BELONGING TO ASSISTANT MINISTER RAISES EYEBROWS, Borneo Today milik Borneo Post.

Menurut writ saman itu, kandungan dan perkataan dalam artikel itu merujuk atau bermaksud untuk merujuk kepada Ramlee.

Tambahan pula, dakwaan sama dimuat naik ke Facebook, WhatsApp dan media sosial lain sama ada oleh Wong dan Azis atau individu lain, katanya.

Tuntutan itu juga menyatakan defendan atau individu berkaitan menggunakan dron secara salah untuk menceroboh hartanah persendirian Ramlee untuk mengambil gambar dan video rumahnya, tindakan yang mencabul privasi beliau.

Ramlee berkata, susulan laporan berita itu, pemimpin Warisan menuduh beliau korup. Ramlee menambah mereka turut mengatakan beliau menyalahgunakan kedudukan di Kementerian Kewangan Sabah untuk mengumpul kekayaan, menikmati kehidupan mewah sehingga menjejaskan rakyat kawasannya, tidak menghormati undang-undang, tidak layak menjadi seorang Adun atau ahli jemaah menteri dan semua kereta dalam rumah itu milik beliau dituduh sebagai hasil rasuah.

Akibat tuduhan itu, Ramlee mendakwa nama baik beliau sudah terjejas dan menerima persepsi buruk dari netizen

Wong dan Azis menyiarkan kenyataan mereka tanpa mendapatkan komen atau pandangannya dan serta dibuat secara semborono

Ramlee berkata kata-kata Wong dan Azis adalah tidak benar, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.

Ramlee menuntut ganti rugi, termasuk ganti rugi teladan, injunksi menghalang mereka membuat kenyataan fitnah terhadapnya, injunksi terhadap defendan daripada memasuki hartanahnya, ganti rugi pampasan RM10 juta kerana libel, kos statutori dan pampasan lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Saman itu, yang difailkan melalui e-filing, ditetapkan untuk pendengaran pada 3 Januari tahun depan.

18 November lalu UMNO Bahagian Semporna membuat laporan polis terhadap tiga pemimpin Parti Warisan Sabah yang didakwa membuat fitnah tentang wakil rakyat Bugaya, Ramlee Marahaban.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Biro Penerangan UMNO Bahagian Semporna, Sappari Osman di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Karamunsing.

Satu lagi laporan polis berhubung kes yang sama turut dibuat oleh Pegawai Khas kepada Ramlee, Ali Sulaimana.

Kenyataan dalam sidang media tersebut telah disiarkan dalam media Portal Borneo Today pada 15 November 2017 turut dikongsi oleh surat khabar Daily Express, The Borneo Post, See Hua Newspaper, Asia Time dan Sin Chew newspaper bertarikh 16 November 2017.

Susulan saman RM10 juta yang dikemukakan kepada Junz Wong dan Azis Jamman itu netizen memberi komen sepatutnya The Borneo Today milik The Borneo Post turut disaman berjuta ringgit. Laporan media itu sememangnya bertujuan untuk memberi persepsi buruk kepada Adun Bugaya itu. Mereka boleh dilihat bersubahat

The Borneo Post pasti mempunyai kewangan banyak membayar saman itu.Saman kepada Junz Wong dan Azis Jamman tidak mencukupi kerana agen penyebaran permulaan adalah The Borneo  Today.

 Sehingga ke hari ini artikel bertarikh 15 November masih ada dan tidak ditarik balik oleh Borneo Today.net

"Bagi Junz wong dan Azis Jamman tentu mereka mempunyai beban untuk membuktikan Ramlee Marhaban kaya kerana rasuah". Kata netizen 

 

 

Comment