'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan kata Christina Liew
02:05 May 06, 2019  |  By SabahKini2
'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan kata Christina Liew

Menurut Christina 'Anak tanpa negara' kesan dari pelarian Filipina ramai di Pulau Berhala dan Kampung Sim Sim di Sandakan. Cara mudah Kerajaan akan beri kerakyatan jika salah satu ibu-bapa adalah orang tempatan

Datuk Christina Liew, Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, kerajaan negeri sudah mula mengambil langkah menangani masalah kanak-kanak tanpa kerakyatan kesan dari pelarian Filipina yang lari ke Malaysia bermula tahun 1970an kerana konflik pasukan bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di selatan negara itu.

Keturunan itu kini menjadi penduduk tanpa kerakyatan dan pada masa sama tiada hubungan dengan negara asal mereka.

Pulau Berhala- Portal Malaysiakini sedang mengubah persepsi rakyat mengenai PTI yang tiada dokumen atau memiliki IMM13.
Mesej Kerajaan PH ialah beri dokumen kepada PTI atas nama kemanusiaan

Menurut Christina jumlah mereka ramai di Pulau Berhala dan Kampung Sim Sim di Sandakan kesan dari masalah itu. Buat masa ini cara mudah mengatasi masalah ialah mengiktiraf kanak-kanak tanpa kerakyatan jika salah seorang daripada ibu bapa mereka berasal dari negeri Sabah.

"Biar kami selesaikan kanak-kanak tanpa kerakyatan ini dulu kerana sesetengahnya sudah dewasa.

Hanya dokumen IMM13. Kerajaan PH bertekad mahu beri MyKad

“Sudah sampai masa untuk mereka ke sekolah tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana status yang tidak jelas.

Liew berkata demikian semasa mengiringi Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan dalam kempen PRK Sandakan.

Bagaimanapun Liew tidak menjelaskan mekanisme terperinci bagaimana mereka mengesahkan kanak-kanak tanpa negara itu benar-benar tulen dari Sabah untuk diiktiraf sebagai warganegara. Umum mengetahui selain kesan perang 1970an ramai juga PTI memasuki Sabah secara haram bukan kerana peperangan.


Wan Azizah mahu kanak-kanak tanpa negara sebagai anggota masyarakat produktif

Apa yang Wan Azizah faham mengenai 'Stateless'? Apakah begitu mudah beri dokumen kepada PTI sekalipun
mereka secara sengaja berkahwin dengan warganegara Malaysia demi untuk dokumen

Sementara itu, Wan Azizah berkata kerajaan persekutuan mesti mencari jalan untuk mengintegrasi kanak-kanak tanpa kerakyatan ini

Katanya, mereka tiada tempat lain kecuali Sabah, maka lebih baik menjadikan mereka sebagai anggota masyarakat yang produktif.

"Kita perlu menjaga masa depan mereka. Mereka akan tetap di sini. Mereka perlukan pendidikan dan mata pencarian.

"Mereka perlukan latihan dan kemahiran asas agar dapat menjadi lebih produktif dalam masyarakat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kerajaan tidak akan menutup sebelah mata berkenaan masalah itu.

Bermula tahun ini, kerajaan persekutuan membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan untuk mendaftar di sekolah kerajaan.

Kerajaan Sabah pula mula mendaftarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan tersebut.

Bagaimanapun saranan Christina Liew yang dahulunya warga Indonesia itu dikecam oleh Netizen Sabah. Begitu juga kenyataan Wan Azizah mahu menjadikan mereka sebagai rakyat Malaysia menunjukkan Wan Azizah berasal dari Malaya tidak memahami masalah di negeri Sabah itu..

Sebelum ini bukan lagi rahsia Kerajaan Sabah dan Warisan memberi keutamaan kepada PTI dan warga asing sehingga mahu memberi dokumen MyKad, My PR, IMM13 dan penempatan pulau PTI.

 [ARTIKEL BERKAITAN- 7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan? ]

 

 

104 Comments