Celcom dijual kepada Telenor Norway bukan lagi milik Malaysia
18:05 May 06, 2019  |  By SabahKini2
Celcom dijual kepada Telenor Norway bukan lagi milik Malaysia

Syarikat negara Norway Telenor memiliki dan menguasai Celcom dengan kepentingan saham 56.5% manakala Axiata hanya 43.5%. Celcom telah dijual, Malaysia dijual kepada Norway

HARI ini, Axiata milik Khazanah Nasional telah mengumumkan bahawa CELCOM akan digabungkan dengan DiGi.

Selepas digabung, syarikat negara Norway Telenor akan memiliki dan menguasai syarikat baru itu dengan kepentingan saham 56.5% manakala Axiata ada 43.5%,

Dengan ini, CELCOM bukan lagi syarikat telekomunikasi Malaysia dan menjadi syarikat negara Norway.

Kebiasaannya untuk gabungan syarikat dalam industri yang sama, ramai di CELCOM dan DiGi bakal kehilangan pekerjaan mereka.

 Berita Harian melaporkan penggabungan Axiata-Telenor melibatkan tawaran MSS dan VSS 

Sebelum PRU14, syarikat Axiata adalah satu syarikat menguntungkan.

Tahun 2017, Axiata untung RM909.48 juta iaitu kenaikkan 80% berbanding tahun 2016.

Tahun 2018 di bawah PH pula, Axiata catat kerugian RM5.03 billion iaitu paling besar dalam sejarah mereka.

Oleh itu, Axiata telah jual banyak aset selepas tahun lepas.

Bulan Februari ini, Axiata menjual syarikat telekomunikasi M1 kepada Singapura dengan harga RM1.65bil.

Bulan April, Axiata jual perniagaan digital mereka kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

Minggu lepas, Axiata jual kepentingan dalam aset digital lain kepada Mitsui dari Jepun. Tetapi peratusan kepentingan dan harga tidak dinyatakan.

Hari ini, menyerah kuasa mengawal dan kepentingan saham terbesar dalam CELCOM kepada syarikat Norway.

Sebelum ini portal Malaysiakini pada tahun 2017 pernah menyiarkan artikel Proton kini di tangan Geely Holding, China apabila Syarikat DRB-Hicom menjual 49.9 peratus ekuiti dalam Proton Holdings kepada syarikat pembuat kereta China, Kumpulan Zhejiang Geely Holding.

Namun hari ini selepas Norway Telenor memiliki dan menguasai celcom dengan kepentingan saham 56.5% Malaysiakini hanya melaporkan ‘Celcom bukan lagi syarikat Malaysia mungkin salah Najib’

Najib dalam hantaran twitternya turut "mensekolahkan" kerajaan PH tentang apa maksud menjual negara.

“Kes 1: Syarikat kereta negara Proton bertukar menjadi 51 peratus milik syarikat Malaysia, 49 peratus milik syarikat China.

“Kesimpulan: Ini jual negara. Anak kehilangan. Patut nangis. Ini jelas salah Najib.

“Kes 2: Syarikat telekomunikasi negara, Celcom bertukar menjadi 56.5 peratus milik syarikat Norway, 43.5 peratus milik Malaysia.

“Kesimpulan: Ini bukan jual negara. Tiada apa yang kehilangan. Tak perlu nangis.

“Tak berapa pasti tapi mungkin salah Najib juga,” katanya dalam bentuk menyindir.

 

 

2 Comments