[VIDEO] Jom tonton video kencing ‘Manifesto PH Sabah’ untuk tolak DAP PRK Sandakan
13:05 May 07, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Jom tonton video kencing ‘Manifesto PH Sabah’ untuk tolak DAP PRK Sandakan

Menjelang setahun manifesto kencing PH. 10 tawaran kerajaan PH telah hilang entah kemana walaupun sudah menjadi kerajaan. Sekarang mereka berjanji lagi...

Saksikan video kencing 'Manifesto PH Sabah'

SANDAKAN: HARI ini proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan melibatkan seramai 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis bermula 8 pagi ini selepas dua pusat pengundian dibuka.

Pastinya dalam PRK sebelum ini pengundi awal sudah tentu menolak Pakatan Harapan. Setakat ini penjawat awam seperti anggota polis dan tentera memang kecewa dan menolak kerajaan PH.

Bagi Parlimen Sandakan yang mempunyai 40,131 jumlah pemilih berdaftar terdiri daripada 39,856 pengundi biasa pastinya sudah sedar bahawa dengan termansuhnya cukai GST diganti GST harga barang tetap tidak turun, kos semakin tinggi malah buang kerja pastinya sedar PH sedang mengencing anda.

Diharap 51 peratus pengundi Cina dan 45 peratus pengundi bumiputera Islam selebihnya kaum lain sedar apa yang berlaku sekarang.

Kepada rakyat Parlimen Sandakan jadikan PRK Sandakan sebagai referendum rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan yang gagal melaksanakan janji 100 hari dan manifestonya.

Di Sabah, anda masih ingat Video Manifesto PH? Bermacam-macam mereka janji namun gagal melaksanakannya sekalipun 8 bulan bekas wakil rakyat Sandakan sebagai Menteri kabinet di Sabah. Tetap gagal.

Royalti 20 peratus tak dapat, janji hasil 50 peratus tak dapat dan apa saja PH janji tak dapat.

Jadi berhenti lah dari dibodoh serta dikencingkan oleh kerajaan PH. Manifesto PH Sabah PRU 14 dah dikencingkan, tak mungkin kini dalam PRK Sandakan sekali lagi kamu dikencingkan.

 

13 Comments