DAP gagal dua penggal di Sandakan kini Kit Siang 'kencing' lagi tubuh ‘Majlis Khas’
23:05 May 08, 2019  |  By SabahKini2
 DAP gagal dua penggal di Sandakan kini Kit Siang 'kencing' lagi tubuh ‘Majlis Khas’

Selepas mendiang Stephen Wong gagal 2 penggal bangunkan Sandakan, kini Lim Kit Siang dan DAP berjanji lagi dengan 'kencing' baru iaitu Majlis Khas.

KOTA KINABALU: Selepas dua penggal gagal membangunkan Sandakan di bawah kepimpinan mendiang Stephen Wong Pengerusi DAP Sabah kini Pemimpin Defacto DAP, Lim Kit Siang yang menjadi jurucakap Vivian Wong menabur janji sekali lagi mahu menubuhkan sebuah majlis khas untuk memulihkan Sandakan jika parti itu memenangi pilihan raya kecil Sabtu ini.

Dalam erti kata lain pentadbiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Peter Hii ‘tak guna’ dan gagal membangunkan Sandakan.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Lim berkata majlis khas itu akan diketuai calon DAP untuk Parlimen Sandakan, Vivian Wong jika dia memenangi pilihan raya kecil dengan margin besar.

“Sandakan dulu merupakan bandar terpenting di Sabah. Tetapi sekarang ia mengalami kemunduran jauh di belakang Kota Kinabalu. Ini tidak boleh berterusan berlaku. Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong, mempunyai rancangan untuk memulihkan Sandakan, tetapi malangnya dia meninggal dunia.

“Kami mahukan legasi Stephen Wong terus hidup di Sandakan walaupun saya tidak nampak apa-apa program untuk memajukan Sandakan,” katanya.

Seorang pengundi Sandakan Chin Chan, 33 berkata dua penggal bawah Stephen Wong tiada apa yang perlu dibanggakan di Sandakan. Sekalipun Stephen menjadi Menteri Kesihatan Sabah namun tetap tiada perubahan hampir setahun ketika DAP menang pilihanraya.

“Projek Lapangan Terbang Sandakan RM80 juta dan beberapa projek tebatan banjir sebelum ini memang telah dilaksanakan BN bukan DAP. Jadi apa Vivian Wong anak Stephen itu boleh buat, beliau tiada pengalaman, cakap pun tak pandai, macam mana mahu memimpin”. katanya

Rashdan 41, berkata penubuhan majlis khas itu hanyalah wayang pilihanraya. Jika benar ia mahu ditubuhkan mengapa sekarang? Mengapa tidak dua penggal lalu atau ketika Stephen Wong menjadi Menteri Sabah.

Sandakan sentiasa menjadi kubu pembangkang pada masa lalu kerana orang Sandakan mahu kebebasan dan pembangunan. Mereka melihat sendiri bawah DAP tiada apa yang dilaksanakan mengapa tidak rakyat Sandakan terus bersama pembangkang untuk menyuarakan referendum rakyat bahawa Pakatan Harapan gagal menunaikan manifesto mereka.

“GST mansuh kos hidup rakyat terus tinggi, harga barang tidak pernah turun dan tiada pekerjaan, janji 100 hari pun gagal ditunaikan jadi mengapa perlu percaya Pakatan Harapan”. kata Jenifer seorang pengundi Sandakan yang kecewa dengan PH.

 

 

8 Comments