Menteri kabinet lemah ‘kurang pengalaman’ punca sukar tunai janji pilihanraya kata Dr Mahathir
11:05 May 09, 2019  |  By SabahKini2
Menteri kabinet lemah ‘kurang pengalaman’ punca sukar tunai janji pilihanraya kata Dr Mahathir

Bukan kali pertama Dr Mahathir mengaku mengenai kelemahan prestasi kabinetnya. Menjelang setahun pentadbiran PH Tun M sekali lagi mengaku Menteri Kabinetnya lemah tiada pengalaman.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam wawancaranya mengaku berkata kekurangan pengalaman menyebabkan para menterinya tidak dapat membuat keputusan dengan cepat dan tepat, kelemahan yang menyebabkan Pakatan Harapan sukar menunaikan janji-janji pilihan rayanya.

Dalam satu wawancara Bicara Khas di TV1, sempena setahun Pakatan Harapan membentuk kerajaan, Mahathir ditanya pengacara tentang rungutan orang ramai dengan janji-janji pilihan raya yang tidak ditunaikan gabungan pemerintah. 

“Gambaran tepat: bukan tak penuhi janji, tapi tak boleh penuhi janji,” katanya

Pengakuan Dr Mahathir terhadap prestasi kabinetnya yang lemah bukan baru.

September tahun lalu  Dr. Mahathir Mohamad telah menyuarakan bahawa beliau tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri sejak dilantik memegang portfolio masing-masing dalam kerajaan baharu.

"Saya tidak pernah berpuas hati. Kalau boleh, apa yang saya hendak (sesuatu yang telah diarahkan), telah dibuat kelmarin, bukan hari ini," katanya  

Dr Mahathir sekali lagi mengaku bahawa prestasi lemah Menteri Kabinetnya kerana kekurangan pengalaman sebagai menteri.

“Mereka tak pernah jadi kerajaan jadi mereka tidak dapat buat keputusan dengan lebih cepat dan tepat, menghalang pelaksanaan janji-janji kita,” katanya.

Bagaimanapun beliau menolak cadangan rombakan Kabinet, agar para menterinya boleh menimba pengalaman.

“Jika Kabinet menggantikan mereka dengan orang lain yang tiada pengalaman, kita terpaksa bermula dari awal lagi,” katanya.

Beliau menambah susah untuk pastikan orang baru melakukan lebih baik daripada orang yang digantikan.

Pentadbiran Mahathir hari ini menyambut ulangtahun pertama Pakatan Harapan menjadi kerajaan setahun selepas ia memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei lepas.

Tinjauan dalam media sosial netizen menamakan hari ini sebagai “Hari Kencing Sedunia’ sebagai meraikan setahun kegagalan Kerajaan PH mengotakan janji-janji pilihanrayanya.

 

3 Comments