Skandal Bazar Ramadhan Kingfisher, SPRM perlu siasat libatkan UPPM, Adun Karambunai dan DBKK
09:05 May 10, 2019  |  By SabahKini2
Skandal Bazar Ramadhan Kingfisher, SPRM perlu siasat libatkan UPPM, Adun Karambunai dan DBKK

Peniaga dan penjaja bising apabila lot bazar ramadhan dipajak oleh DBKK kepada UPPM dan agennya.Akhirnya peniaga terpaksa membayar kos lebih mahal.Di Dun Karambunai dilaporkan surat sokongan Adun Karambunai digunakan untuk monopoli tapak bazar

SEJAK beberapa hari ini tular di media sosial mengenai skandal bazar ramadhan di Parlimen Sepanggar yang didalangi oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM) Karambunai melibatkan beberapa bazar Ramadhan di Kingfisher dan Indah Permai.

Dalam satu hantaran facebook beberapa peniaga meluahkan rasa tidak puas hati apabila satu ketika sewa tapak bazar ramadhan hanya RM130 kini naik sehingga RM310 hingga RM450.

“Bazar ramadhan Kingfisher sebelum ini sewa murah, RM130 bila orang-orang UPPM pergi pajak dengan surat sokongan dari YB Azhar terus naik harga sewa sehingga RM310 satu lot.

“Kononnya DBKK yang melantik mereka (UPPM Karambunai), dengan harga sewa (asal) RM450.” kata aduan itu.

Zulkeflee Abu Bakar Pegawai UPPM N12 Karambunai perlu menjawab isu ini. Sejak tular UPPM dan Adun Karambunai hanya berdiam diri.
Apakah mereka bimbang skandal bazar ini bakal memburukkan mereka dengan DBKK?

Menurut sumber pegawai DBKK telah memajakkan lot bazar ramadhan Kingfisher kepada UPPM Karambunai melalui surat sokongan Datuk Azhar Matussin Adun Karambunai. UPPM dan agennya pula menyewakan lot itu dengan harga yang lebih tinggi untuk mengaut keuntungan.

Ini bermakna Datuk Azhar dan UPPM secara langsung terlibat atau bersekongkol dalam skandal bazar ramadhan di Dun Karambunai.

Para peniaga mendakwa mereka terpaksa turun naik ke pejabat DBKK memohon menurunkan harga sewa namun dimaklumkan oleh DBKK semuanya diuruskan oleh UPPM Karambunai.

Menyokong dakwaan ini Awangku Julhairi Awangku Ibrahim mengesahkan borang berniaga bazar juga diedar oleh UPPM.

“Tempat edaran borang hari itu ialah UPPM sebelum dipindah ke depan pejabat rahmat. UPPM sedia maklum akan situasi ini. Sepatutnya lebih peka”. tulisnya dalam hantaran facebook.

Seorang lagi pengguna facebook Bravo Oscar Yanke Shyazreen menulis agar mendengar luahan rakyat penjaja di bazar ramadhan UPPM katanya perlu memberi penjelasan isu skandal yang berlaku.

“...kos sara hidup tidak menentu, mana wakil rakyat yang sebelum ini memperjuangkan nasib rakyat, apakah sudah menang kalian hanya mampu berdiam diri, jangan ulangi kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini..”katanya

Hantaran facebook itu turut mendapat hampir 100 komen netizen menyelar tindakan UPPM yang mengambil untung ke atas penjaja bazar ramadhan.

Oleh kerana kes skandal bazar ramadhan Kingfisher ini tular dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat UPPM Karambunai dan pegawai DBKK sebagaimana penyiasatan kes skandal bazar ramadhan di Kuala Lumpur tahun lalu.

Sebelum ini juga tular surat DBKK 2 Mei 2019 mengenai notis larangan menjaja di tepi jalan sempena bulan Ramadhan di Kg Likas yang mengundang kritikan rakyat apabila rakyat yang berpuluh tahun mencari sumber pendapat setahun sekali ketika ramadhan dilarang berbuat demikian.

Bagaimanapun tiada suara dari Adun Karambunai dan Ahli Parlimen Sepanggar mengenai isu ini dalam mengekalkan suasana kampung Likas.

Apabila semua kawasan Bazar ramadhan dipajak oleh geng UPPM maka
larangan berniaga di kampung juga dibuat. Agar semua tempat bazar meriah. Yang untuk taukeh pajak lot orang Warisan

Itulah wakil rakyat Warisan Adun Karambunai kalau tak menguntungkan beliau maka beliau tidak pernah menyokongnya.

Untuk rekod sokongan surat Datuk Azhar Matusin bukan baru sebelum ini isu tanah Likas yang dilaporkan dianjurkan oleh pegawai khasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Tanah Teluk Likas pula YB dan penyokong Warisan 'Pau' guna kuasa TYT Sabah! ]

 

 

15 Comments