[VIDEO] Sambutan hebat buat 'Bossku Najib' di Sandakan
17:05 May 10, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Sambutan hebat buat 'Bossku Najib' di Sandakan

Kemana sahaja Najib pergi pasti disambut hangat dan hebat. Sekalipun dicaci maki oleh pemimpin PH tetapi rakyat tetap menyanjung jasa-jasanya kepada rakyat selama ini.

 

VIDEO 1- Ketibaan Bossku Najib di Lapangan Terbang Sandakan.

Bekas perdana menteri Najib Razak mendapat sambutan hebat apabila muncul buat pertamanya pada kempen menyokong calon PBS dalam pilihan raya kecil ini

"Saya ke sini bukan kerana saya yakin akan meraih (undi) atau sebagainya. Saya cuma ingin menunjukkan saya masih prihatin dengan rakyat Sandakan dan Sabah.

"Mereka sangat rapat dengan saya dan apabila ada undangan untuk datang dan menyokong, saya melakukan apa yang boleh saya sumbangkan," katanya kepada pemberita pada program pertamanya di pasaraya Giant di Bandar Utama.

VIDEO 2- Sambutan rakyat Sandakan buat Bossku di Lapangan Terbang

Malahan, sebelum kehadiran Najib, ramai hadirin telah berhimpun di bahagian masuk pasaraya itu kelihatan tidak sabar-sabar menyambut kedatangannya.

Apabila kenderaan yang membawa bekas perdana menteri berhenti di pintu masuk Giant dan beliau menurunkan cermin tingkapnya, hadirin mula melaungkan slogan kempen media sosial Najib,"Bossku!"

Laungan itu tidak berhenti setakat beliau keluar daripada keretanya, malah Najib diserbu hadirin yang berebut-rebut mengambil swafoto atau bersalaman serta memeluknya ketika berjalan di dalam Giant.

 

 

VIDEO 3- Najib Bossku bersama rakyat

Orang ramai yang kelihatan teruja, masih tanpa henti melaungkan 'Bossku' dan mengikuti Najib ketika beliau berjalan-jalan di sekitar Giant, memeriksa harga telur, ikan dan minyak, antara lain.

Selepas itu, beliau keluar dari pasar raya dan menyertai persembahan kugiran  yang ditempatkan berhampiran bazar Ramadan di sebelah pasaraya berkenaan.

Najib bersama-sama Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin sempat menghiburkan hadirin yang berhimpun, dengan bekas perdana menteri menyampaikan persembahan dua buah lagu, Tanak Kampung oleh Jimmy Palikat dan The Young Ones oleh Cliff Richard.

 

2 Comments