Enam Palauh seludup enjin pam dari Tarakan Indonesia ditahan
01:05 May 13, 2019  |  By SabahKini2
Enam Palauh seludup enjin pam dari Tarakan Indonesia ditahan

Palauh kini dah bijak menyeludup menggunakan kedudukan mereka.

SEMPORNA- Cubaan enam lelaki Palauh seludup masuk empat enjin pam bernilai lebih RM27,000 tanpa dokumen sah gagal, selepas Pasukan Polis Marin (PPM) memintas bot dinaiki, di laut Kampung Sum Sum, di sini pagi kelmarin.

Enam Palauh itu mengaku membeli enjin tersebut dari Tarakan Indonesia.

Kesalahan di bawah Akta Kastam 1967. Kesemua mereka ditangkap dan keempat-empat unit enjin baharu tersebut dirampas. Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

ACP Hj Mohd Pajeri Bin Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berkata, ‘Masing- masing suspek berumur antara 40 hingga 62 tahun. Dengan menggunakan perahu persendirian, mereka telah membeli dua unit enjin jenama Dafeng S 1115 TT dengan anggaran harga RM3,000.00, satu unit enjin jenama Jiangfa ZS 1115 TT anggaran harga RM1,500.00 dan satu unit enjin jenama Motoyama R 180/8 PK anggaran harga RM870.00.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 iaitu cuba mengangkut apa-apa barang berduti atau tidak berkastam dan jika sabit kesalahan denda tidak lebih 10 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

 

 

1 Comment