Kontraktor dan Warisan Tenom lapor polis Peter Anthony difitnah pukul polis di kelab malam
18:05 May 14, 2019  |  By SabahKini2
Kontraktor dan Warisan Tenom lapor polis Peter Anthony difitnah pukul polis di kelab malam

Sumber PDRM setakat ini tiada aduan, laporan atau kes pukul melibatkan menteri dan pengawal peribadi menteri terhadap anggota polis sebagaimana ditularkan

KOTA KINABALU: Hantaran seorang pengguna facebook Jalin Luin tular hari ini apabila beliau dalam facebooknya mendedahkan  Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony dan pengawal peribadinya memukul seorang pegawai polis di kelab malam.

“Menteri Peter dan pengawal peribadinya memukul seorang pegawai polis di kelab malam”. katanya.

 

Hantara facebooknya itu mendapat reaksi dan komen dari pelbagai pihak sehingga satu laporan polis dibuat di balai polis Tenom oleh seorang kontraktor bersama ahli Warisan Saidomar Joss Fenli Yamuk, Rafidah Arkani, Chong Yun Fah, Felix dan Zainudin Hendra terhadap Jalin Luin kerana memfitnah Datuk Peter Anthony.

“Kami menentang sekeras-kerasnya ayat yang dimuatnaik oleh penama facebook tersebut, ayat tersebut boleh memburukkan dan menjatuhkan imej seorang menteri dan perkara ini tidak pernah berlaku. Tujuan saya buat laporan adalah untuk membuat penafian sahaja”. kata laporan itu.

Setakat hingga kini belum ada kenyataan media penafian daripada Datuk Peter Anthony berhubung dakwaan itu.

Seorang lagi Selvaraja Somiah dalam hantaran facebooknya yang tular turut membayangkan seorang Menteri Kanan Sabah, Datuk Peter Anthony dari Warisan. 

Bagaimanapun dalam satu hantaran facebook Jack New yang mendakwa beliau adalah seorang pengawal peribadi Datuk Peter Anthony membuat penafian dakwaan itu

“Saya selaku pengawal peribadi YB Datuk Peter Anthony menjelaskan semua ini fitnah semata-mata. Kalaulah ada saya disamping YB DPA (Peter) saya akan cari orang yang membuat fitnah ini’. katanya

 

 

Semakan Sabahkini2 melalui sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini tiada aduan, laporan atau kes pukul melibatkan menteri dan pengawal peribadi menteri terhadap anggota polis. Sumber itu berkata ia laporan palsu.

Beberapa netizen dalam laman sosial mengaitkan ia mungkin kes lama Datuk Peter Anthony pada tahun 2013 yang kecoh mengenai dakwaan Datuk Peter memukul dan menendang seorang warga tua sehingga mengacukan pistol ketika itu.

Kes itu disasat di bawah seksyen 506 Kanun keseksaan kerana ugutan jenayah dan Akta Senjata Api. Selain itu, polis juga menyiasat di bawah seksyen 90 Akta polis kerana berkelakuan tidak wajar di balai polis. Bagaimanapun kes ini dikatakan ditutup.

Oleh itu dakwaan terbaru ini mungkin sebagai usaha untuk sensasi semata-mata. Apapun semua pihak wajar menunggu kenyataan media atau siasatan bahawa kes ini tidak berlaku oleh pihak berkuasa. Sekalipun dilaporkan polis terhadap Jalin Luin sehingga ke saat ini hantaran facebook itu masih belum dipadam.

4 Comments