Lombong pasir: Anak saudara MB direman
15:11 Nov 30, 2017  |  By SabahKini2
Lombong pasir: Anak saudara MB direman

Empat individu termasuk anak saudara kepada Menteri Besar direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor pada 2014.

PUTRAJAYA: Empat individu termasuk anak saudara kepada Menteri Besar direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor pada 2014.

Perintah reman bermula hari ini hingga 6 Disember itu dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

 

Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak.

 

Kesemua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan terhadap aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Kajang pada 2014.

 

Difahamkan syarikat perlombongan itu dikatakan merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

 

Dalam operasi itu, SPRM turut membekukan beberapa akaun syarikat bernilai RM4 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

 

Original Source: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/357091/lombong-pasir-anak-saudara-mb-direman

 

 

 

Comment