Watikah Pelantikan Ketua-ketua Penaja Bahagian Bersatu Negeri Sabah
09:05 May 15, 2019  |  By SabahKini2
Watikah Pelantikan Ketua-ketua Penaja Bahagian Bersatu Negeri Sabah

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Lafaz Ikrar Ketua-Ketua Penaja Pimpinan Bahagian BERSATU Sabah telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersempena Majlis Iftar BERSATU Peringkat Nasional.

KENYATAAN MEDIA

Kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk penubuhan 25 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Sabah telah diperolehi pada 3 Mei 2019. Surat kelulusan berkenaan telah disampaikan oleh YB. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden BERSATU kepada YB. Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Penyelaras BERSATU Sabah pada 5 Mei 2019.

Susulan daripada itu, pada 14 Mei 2019, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Lafaz Ikrar Ketua-Ketua Penaja Pimpinan Bahagian BERSATU Sabah telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersempena Majlis Iftar BERSATU Peringkat Nasional.

Watikah berkenaan telah disampaikan oleh YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi BERSATU merangkap Perdana Menteri Malaysia kepada 25 orang ketua penaja pimpinan bahagian bagi 25 bahagian terlibat sebagaimana senarai berikut:

1. YB. Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (Tuaran)
2. YB. Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (Ranau)
3. YB. Datuk Abd Rahim Bakri (Kudat)
4. Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu)
5. YB. Datuk Japlin Akim (Kota Belud)
6. Mohamed Razali Mohamed Razi (Sepanggar)
7. Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego (Kota Kinabalu)
8. YB. Senator Datuk John Ambrose (Penampang)
9. Dato' Seri Dr. Arsit Sedi (Putatan)
10. YB. Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar (Papar)
11. YB. Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Kimanis)
12. YB. Datuk Isnin Aliasnih (Beaufort)
13. YB. Matbali Musah (Sipitang)
14. Datuk Rubin Balang (Tenom)
15. Azman Ruslan (Keningau)
16. YB. Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (Pensiangan)
17. Datuk Awang Kadin Tang (Sandakan)
18. YB. Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran)
19. Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi)
20. Aksyah Nasrah (Kinabatangan)
21. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran)
22. Mohd Daud Tampokong (Semporna)
23. Abdul Hakim Gulam Hassan (Silam)
24. YB. Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan (Tawau)
25. Abdul Karim Abdul Wahid (Kalabakan)

Para ketua penaja pimpinan bahagian akan bertanggungjawab untuk mengurus dan melengkapkan proses penubuhan bahagian dan cawangan-cawangan serta sayap Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dalam bahagian masing-masing dengan membentuk struktur organisasi penaja dan menggerakan proses pendaftaran serta penambahan ahli.

Warga Sabah yang berminat untuk memohon sebagai ahli boleh mendaftar dengan mengisi borang permohonan keahlian yang boleh diperolehi melalui sekretariat bahagian atau terus memohon secara dalam talian melalui laman web BERSATU iaitu www.bersatu.org.


DATO' ARMIZAN MOHD ALI
Setiausaha Eksekutif
BERSATU SABAH

3 Comments