Menteri Pendidikan sibuk puji SJK(T) Sg Ara, SJK (T) Taman Melawati bagaimana?
06:05 May 19, 2019  |  By SabahKini2
Menteri Pendidikan sibuk puji SJK(T) Sg Ara, SJK (T) Taman Melawati bagaimana?

Sibuk Menteri Pendidikan memuji-muji tapi bagaimana dengan kes SJK Tamil Taman Melawati? Dah selesaikah?

GEORGE TOWN: Menteri Pendidikan Mazlee Malik hari ini memuji sebuah sekolah Tamil kerana memperjuangkan pemuliharaan alam dan persekitaran lestari, menyeru sekolah-sekolah lain mengikuti langkahnya.

Dalam lawatannya ke SJK(T) Sungai Ara hari ini, beliau terkejut apabila ibu bapa memberitahunya anak-anak mereka payah pulang ke rumah kerana seronok bersekolah.

Maszlee berkata sekolah Tamil itu juga bersebelahan sebuah sekolah agama dan kerap menjalankan aktiviti bersama.

“Sangat mengagumkan. Bukan sahaja sekolah itu memenuhi 8 daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari PBB, ia juga menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan menerusi penggunaan teknologi terbaru.

“Kementerian menganggap sekolah ini model kepada sekolah-sekolah lain, dengan tumpuan pada kegembiraan, kasih sayang dan hormati-menghormati dalam sistem pendidikan,” katanya.

Maszlee memuji Pengetua Sangga Sinniah dan 20 guru di sekolah itu kerana mewujudkan persekitaran yang sangat baik untuk murid-murid belajar, dan negara berbangga dengan sekolah itu.

Bagaimana dengan kes SJK Tamil Taman Melawati? Dah selesaikah?

 

Singkir Guru Besar SJK Tamil Taman Melawati yang 'menyusahkan' ibu bapa mana Menteri Pendidikan?

[ARTIKEL BERKAITAN- Singkir Guru Besar SJK Tamil Taman Melawati yang 'menyusahkan' ibu bapa mana Menteri Pendidikan? ]

2 Mac 2019 lalu satu surat aduan mengenai Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati telah dihantar untuk menyingkirkan Guru Besar bengis bernama Cik Puspharani. Tiada tindakan dilakukan hingga sekarang. Mana Menteri Pendidikan mempertahankan ibubapa pelajar di SJKT itu?

Pada 12 Mac lalu portal Malaysiakini turut melaporkan mengenai Cik Puspharani Guru Besar yang banyak melakukan salah laku pengurusan adalah punca bangunan sekolah tidak dapat dibina.

Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati berang dan menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) campur tangan berhubung kelewatan pembinaan bangunan tambahan tiga tingkat sekolah itu.

Sibuk memuji-muji SJKT Taman Melawati terabai. Wayang saja lebih ini menteri PH kata netizen.

2 Comments