Lapan sebab Menteri Pendidikan 'Bengang' dengan Wan Saiful Pengerusi PTPTN
07:05 May 19, 2019  |  By SabahKini2
Lapan sebab Menteri Pendidikan 'Bengang' dengan Wan Saiful Pengerusi PTPTN

Isu PTPTN kembali panas selepas kenyataan terbaru Wan Saiful Pengerusi PTPTN. Dr Maszlee sejak dahulu memang 'bengang' dengan Wan Saiful yang berlagak lebih besar dari Menteri. Dr Maszle bengang cara Wan Saiful menjawab wartawan - Dia pergi jawab pula..

Siapa menteri Dr Maszlee atau Wan Saiful Wan Jan?

Perbalahan Wan Saiful Wan Jan dan Dr Maszlee Malik bukan rahsia. Perang mulut mereka tahun lalu menyebabkan Wan Saiful meletakkan jawatannya sebagai penasihat khas Menteri Pendidikan namun tidak melepaskan jawatan Pengerusi PTPTN.

Kes pertama yang tular antara Wan Saiful Wan Jan dan Dr Maszlee Malik kelihatan tidak sebulu ialah kes memo pejabat Menteri KPM menghentikan langganan Utusan yang diarahkan oleh Wan Saiful Penasihat Menteri tanpa persetujuan Dr Maszlee. Menteri Dr Maszlee kata tak tahu dia tak pernah mengarahkannya. Ia kisah permulaan penasihat menunjukkan dia lebih berkuasa dari Menteri.

Kes kedua ialah apabila Penasihat Menteri ke luar negara  sebagai wakil Menteri dan Kementerian dianggap lawatan atas bajet persendirian bukan kementerian. Dr Maszlee terpaksa bersilat menafikan bajet kementerian digunakan.

Kes ketiga ketika Wan Saiful mengatur lawatan Menteri Pendidikan mengadap dengan Sultan Kedah namun Dr Maszlee Menteri mahu mengadap dan terus balik ke Kuala Lumpur. Wan Saiful menganggap ini satu penghinaan keterlaluan terhadap tugasnya selaku penasihat menteri.

Kes keempat Wan Saiful bengang dengan Dr Mazlee apabila  tamak sehingga jawatan Presiden UIAM pun dibolot. Bagaimanapun Dr Maszlee akhirnya meletakkan jawatan selepas melalui tekanan yang kuat daripada netizen.

Kes kelima 10 November 2018 Wan Saiful membuat pengakuan terbuka dan meminta maaf dia di PTPTN gagal menunaikan janji manifesto PRU ke-14 menangguhkan pembayaran sehingga peminjam berpendapatan bulanan RM4,000. Ini menambahkan kebengkakan Dr Maszlee Malik. Belum berjuang sudah tumbang.

Kes keenam acah-acah Wan Saiful Wan Jan mengumumkan skim potongan bulanan baharu bagi peminjam dengan gaji RM2,000 ke atas, mulai 1 Januari 2019. Potongan tersebut akan melibatkan antara dua peratus hingga 15 peratus daripada gaji peminjam.Gaji bulanan RM2,000 perlu membayar RM40 sebulan manakala gaji RM8000 perlu membayar  RM1,200 sebulan. Sekali lagi rakyat bantah dan Dr Mazlee mengumumkan penangguhannya pada 7 Disember 2018.

Kes ketujuh kemelut Dr Maszlee dan Wan Saiful begitu runcing sehingga Mohd Nizam Murad setiausaha politik kepada Menteri Pendidikan (Budak Wan Saiful) meletak jawatan Februari 2019.

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas Penasihat kini Setiausaha Politik Menteri Pendidikan letak jawatan ]

Selepas Penasihat kini Setiausaha Politik Menteri Pendidikan letak jawatan

Kes kelapan dan terbaru sekali lagi Pengerusi PTPTN membuat sesuatu dan mengumumkan kepada rakyat tanpa persetujuan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik terlebih dahulu. Memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman. Ia termasuk menyekat lesen memandu, cukai jalan, passport dan LHDN.

Selepas kecoh dan rakyat bising Wan Saiful tampil menjawab ia hanya cadangan konsultasi awam. Katanya dia sendiri secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan itu. Tidak kurang juga PH menyalahkan pegawai PTPTN dengan mengkambinghitamkan Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid.

[ARTIKEL BERKAITAN- PTPTN akan sekat ke luar negara, perbaharui passport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan ]

PTPTN akan sekat ke luar negara, perbaharui passport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan

Menteri Pendidikan salahkan Pengerusi PTPTN

Sekali lagi dilaporkan Dr Maszlee bengang dengan Wan Saiful membelakangkannya sebagai Menteri Pendidikan.

Dr Maszlee Malik tampil ke depan menjawab isu sebagai bukan cadangan PTPTN

“Saya lihat apa yang PTPTN kemukakan ialah konsultasi awam. Mereka (PTPTN) inginkan pandangan orang ramai terhadap beberapa perkara.

“Itu (memperkenalkan semula sekatan terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman) bukan cadangan mereka (PTPTN). Cuma apabila wartawan tanya dia (Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan) macam itu... dia pergi jawab pula.

“Pada pandangan saya, PTPTN perlu beri penjelasan kepada media supaya tidak berlaku salah faham seperti itu,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Ara sebelum ini.

Nampak tak sejak dahulu Dr Maszlee berbulu dengan Wan Saiful Wan Jan ini kerana sering berlagak pandai mendahului Menteri. Selepas berhenti sebagai Penasihat Menteri perangai “Menteri dalam Menteri’ masih wujud di KPM.

Dr Maszlee tidak boleh menyentuh Wan Saiful Wan Jan kerana Pengerusi PTPTN itu dilindungi atasan Bersatu. Bagaimanapun pergaduhan antara mereka terus berjalan hingga kini.

Apa lagi seterusnya..

 

 

1 Comment