Ketua Menteri Sabah bayangkan tiada bonus Hari Raya penjawat awam negeri tahun ini?
07:05 May 20, 2019  |  By SabahKini2
Ketua Menteri Sabah bayangkan tiada bonus Hari Raya penjawat awam negeri tahun ini?

Ketika ditanya mengenai Bonus Hari Raya kepada penjawat awam di Sabah, Shafie Apdal berkata "Sabah tidak mempunyai banyak wang"...

PENJAWAT awam Sabah dilaporkan tidak akan menerima bantuan khas kewangan sempena sambutan Hari Raya Aidifitri tahun ini.

Menurut laporan media tempatan Sabah ketika ditanya mengenai bonus Hari Raya bagi kakitangan awam Sabah,  Mohd Shafie hanya berkata Sabah bukan negeri kaya dan tidak ada banyak wang.

“Walaupun kita ada banyak hasil, Sabah tidak mempunyai banyak wang”. katanya.

Negeri-negeri di Malaysia sudah mengumumkan bonus raya kepada kakitangan awamnya berupa sebulan gaji, RM500 hingga RM1000 termasuk Kerajaan Persekutuan mengumumkan RM450 dan RM255 kepada pesara. Sarawak negeri jiran Sabah mengumumkan RM500.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri Sabah sehingga ke hari ini belum mengumumkan pemberian khas kewangan hari raya itu. Tahun lalu Kerajaan Negeri memberikan RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan Sabah sebelum ini tidak pernah gagal memberikan bonus hari raya kepada penjawat awam.

Netizen tidak dapat menerima alasan Sabah tidak mempunyai wang memandangkan Tan Sri Musa Aman meninggalkan rezab kewangan negeri melebihi RM3bilion.

Julai tahun lalu Shafie Apdal dan pemimpin Warisan yang berkata bahawa Sabah tidak punya wang atau Rezab Sabah RM4 bilion hanyalah sebagai penipuan 'Creative accounting' namun terpaksa 'U-turn' apabila Shafie Apdal sendiri mengesahkan kedudukan kewangan kerajaan negeri Sabah pada 18 Jun 2018, menunjukkan wang awam berjumlah RM3.305 bilion direkodkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bajet Sabah 2019: Shafie U-Turn kali kedua akui rezab dan “Surplus Budget” dicapai BN

 Shafie U-Turn: Rezab Sabah lebih RM3b, kadar hutang sifar,  pemberian 40 hasil bersih lulus zaman BN

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie U-Turn: Rezab Sabah lebih RM3b, kadar hutang sifar, pemberian 40 hasil bersih lulus zaman BN ]

 

 

 

16 Comments