Shafie Apdal U-Turn Bonus Raya selepas dikecam rakyat
07:05 May 21, 2019  |  By SabahKini2
Shafie Apdal U-Turn Bonus Raya selepas dikecam rakyat

Menggunakan alasan Sabah tiada wang bayar bonus akhirnya dikecam rakyat. Semua negeri dah umum akhirnya Shafie Apdal U-turn juga untuk membuat bayaran bonus raya sambil mengulangi zikir 'Sabah tiada wang' walaupun ditinggalkan rezab lebih RM3b.

KOTA KINABALU: Selepas dikecam netizen membayangkan tidak akan memberikan bonus Hari Raya kepada penjawat awam Sabah atas alasan Sabah tidak punya banyak wang hari ini Shafie Apdal U-Turn dengan mengumumkan bonus berjumlah RM500 kepada penjawat awam di semua peringkat negeri Sabah sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Ketua Menteri Sabah bayangkan tiada bonus Hari Raya penjawat awam negeri tahun ini? ]

Ketua Menteri Sabah bayangkan tiada bonus Hari Raya penjawat awam negeri tahun ini?

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal berkata, bonus berkenaan akan diberikan kepada seramai 21,021 orang penjawat awam negeri termasuk kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, pembayaran bonus itu melibatkan jumlah keseluruhan bernilai kira-kira RM10.5 juta.

“Kerajaan meluluskan bonus ini sempena Hari Raya Aidilfitri itu setelah mengambil kira rintangan yang dihadapi penjawat awam pada masa kini.

“Walaupun keadaan kewangan Sabah tidak begitu sihat namun, saya ingin mengumumkan bonus kepada anggota perkhidmatan awam di semua peringkat termasuk mereka yang berskala tinggi.

Shafie Apdal dalam ucapannya sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa Sabah tidak punya banyak wang.

“Bila saya kira duitnya tak cukup, kira sina kira sini, maklumlah saya masih fikir kita bulan puasa, keadaan kewangan kita tidak begitu sihat.

“Perdana Menteri dah umum untuk Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan negeri lain sudah umum, kita belum umum, saya congak-congak cari wang untuk bonus itu”. katanya

 

2 Comments