Pengerusi DAP Jerantut mengaku hantar mesej ugut OCPD ikut arahan setia kerajaan baru
18:05 May 21, 2019  |  By SabahKini2
Pengerusi DAP Jerantut mengaku hantar mesej ugut OCPD ikut arahan setia kerajaan baru

Loo Why Leong Pengerusi DAP Jerantut meminta maaf kerana menghantar mesej ugut. Dia juga mengaku mengarahkan OCPD Jerantut patuh kerajaan baru.

Akhirnya selepas diasak dan sebelum ini tak mengaku Pemimpin DAP bahagian Jerantut, Loo Why Leong yang ditangkap kerana menghantar mesej ugutan kepada ketua polis daerah pada Ahad lalu tampil memohon maaf.

[ARTIKEL BERKAITAN- Ugut OCPD: Pengerusi DAP Jerantut ditahan dalang jual arak tanpa lesen ]

Loo dalam suatu kenyataan hari ini mengakui menghantar mesej kontroversi tersebut kepada OCPD Jerantut Mazlan Hassan pada 17 Mei lalu.

Bagaimanapun Loo Why Leong menuduh polis kerana  "menangkap mereka secara salah" kerana dituduh terlibat dalam penyeludupan rokok dan arak yang ditemui dalam sebuah kereta milik rakannya bernama Thangaraju a/l Kalinan Setiausaha DAP Bahagian Jerantut. Loo dikatakan datang menyelamat rakan dan menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi DAP Jerantut. Namun polis tidak melayannya

Bagaimanapun Loo tidak puasa hati dengan layanan polis dan mendakwa polis melayan dia dan rakannya secara kasar ketika soal siasat dan bertindak seolah-olah mereka penjenayah.

Loo mengaku menghubungi Mazlan dan mengarahkan pegawai itu bertemu dengannya pada pagi 17 Mei, tetapi pegawai itu tidak hadir malah menahan mereka.

Loo mengaku menggunakan kata-kata kasar dan menghantar mesej teks kepada Mazlan, berkata: "Sesiapa nak lawan PH, masa akan datang dia akan tak aman."

"Saya menghantar mesej teks melalui WhatsApp berharap moga-moga Mazlan dan pegawai polis akan bertindak berdasarkan apa yang dikatakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, supaya setia kepada kerajaan baru.

 

 

Ogos tahun lalu DAP Jerantut ada membuat kunjungan hormat dengan SUPT Mazlan Hassan Ketua Polis Daerah Jerantut bagi tujuan mengwujudkan silaturrahim. Bagaimanapun kerana kes seludup rokok dan arak ini SUPT Mazlan tidak sesekali berkompromi dengan kesalahan undang-undang jenayah. Pengerusi dan Setiausaha DAP itu tetap diambil tindakan tegas.

 

Perjumpaan Ogos 2018- Sekalipun saling kenal Tiada kompromi jika melanggar undang-undang

 

2 Comments