SUA Warisan anak Filipina Shafie Presiden tidak SAH Fred Gabriel kecut terdedah!
14:12 Dec 01, 2017  |  By SabahKini2
SUA Warisan anak Filipina Shafie Presiden tidak SAH Fred Gabriel kecut terdedah!

Jika benar Parti Warisan memperjuangkan MA63 dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), pasti Warisan tidak akan melantiknya sebagai Setiausaha Agung Parti Warisan memandangkan Loretto Damien S. Padua JR bapanya keturunan PATI dari Filipina

Parti Warisan Sabah ini berbeza dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ataupun Parti Harapan Rakyat Sabah(Harapan Rakyat) pimpinan Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin yang kedua-duanya merupakan parti yang baru didaftarkan. Umum mengetahui bahawa pengurusan pendaftaran parti baru jauh lebih mudah berbanding urusan pengambil-alihan parti sedia ada yang rumit. Terutamanya hal berkaitan penyerahan tugas daripada jawatankuasa lama kepada jawatankuasa baru.

Lebih-lebih lagi jawatan Setiausaha Agung yang cukup sensitif memandangkan dia adalah penama individu yang mendaftarkan parti kepada ROS serta memegang sepenuhnya kuasa pentadbiran sesebuah parti.

Parti Warisan Sabah adalah sebuah parti yang telah sedia berdaftar. Terlebih dahulu telah mempunyai ahli serta barisan jawatankuasanya yang tersendiri. Nama asal parti ini ialah Parti Pembangunan Warisan Sabah ataupun Sabah Heritage Development Party, dan telah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi. Parti yang berpengkalan di Sabah ini kemudiannya diambil alih oleh YB Datuk Seri Shafie Apdal pada 22 September 2016. Kelulusan daripada ROS untuk menukar nama serta logo parti ini pula diperoleh oleh Shafie pada 13 Oktober 2016. Nama baru serta logo rasmi tersebut diumumkan pada 17 Oktober 2016. Maka bermula dari tarikh itulah, parti ini dikenali sebagai Parti Warisan Sabah dengan logo rasmi yang baru berbentuk seakan-akan sebuah perahu layar.



KENAPA STATUS BERDAFTAR PARTI WARISAN SABAH BOLEH TERBATAL?!

Satu contoh mudah memahami kes pemilikan Parti Warisan.

Katakan anda membeli sebuah kereta daripada saya secara sambung bayar. Pada dasarnya, ya kereta tersebut adalah milik anda. Namun dari segi perundangannya, kereta itu masih milik saya sehinggalah anda serah semua dokumen berkaitan kepada JPJ untuk proses tukar nama pemiliknya.

Begitu juga dengan Warisan. Walaupun Shafie telah mengambilalih (beli) Parti Pembangunan Warisan Sabah, tetapi mengikut rekod ROS presidennya masih lagi Fred Gabriel. Untuk memperbetulkan rekod ROS, Shafie perlu serah semua dokumen berkaitan terutama sekali MINIT MESYUARAT AGUNG PARTI (Minit AGM) yang ditandatangani bersama oleh AJK LAMA (Parti Pembangunan Warisan Sabah) kepada ROS untuk dikemaskini.

Soalannya bilakah AGM Parti Pembangunan Warisan Sabah itu telah dibuat? Tak mungkin tiada yang tahu.

Memandangkan ada berita yang Shafie masih belum membayar sepenuhnya kos pengambialihan (pembelian) Parti Pembangunan Warisan Sabah, maka sudah tentulah Shafie menghadapi masalah untuk kemaskini rekod di ROS.

Kes ini sama dengan kes Ezam Mohd Noor yang mengambilalih (membeli) Parti Generasi Baru dan kemudian menamakannya Parti Bebas Rasuah. Dalam kes Ezam ini dia lebih pandai apabila dia memalsukan Minit AGM Parti Generasi Baru dan serah minit tersebut ke ROS untuk dikemaskinikan.

Malah, ada kemungkinan Shafie juga telah menggunakan Minit AGM palsu semasa menukarkan logo dan nama parti daripada Parti Pembangunan Warisan Sabah kepada Parti Warisan Sabah.

Shafie telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menipu penyokong Warisan kerana mengikut rekod ROS, Shafie bukanlah Presiden yang sah Parti Warisan kerana pada rekod ROS, presiden yang sah masih lagi Fred Gabriel. Senarai jawatankuasa juga masih lagi AJK asal Parti Pembangunan Warisan Sabah di bawah Fred Gabriel dan bukannya AJK Parti Warisan Sabah di bawah Shafie Apdal.

Seseorang perlu melaporkan kepada ROS akan kebenaran minit Minit AGM/EGM Parti Pembangunan Warisan Sabah yang menyatakan bahawa mereka telah bersetuju untuk menyerahkan sepenuhnya pentadbiran parti mereka atau pemilihan baru kepimpinan Parti Pembangunan Warisan Sabah dahulu sebelum diserah kepada Shafie Apdal.

Juga apakah benar Minit AGM yang menyatakan dengan jelas perlantikan AJK Parti Warisan Sabah yang terbaru (khasnya berkaitan pertukaran nama Setiausaha Agung kerana setiap pertubuhan atau parti adalah didaftarkan atas nama Setiausahanya di ROS, BUKAN atas nama presiden)

ROS tidak boleh berselindung. ROS perlu mengesahkan perkara ini sebagaimana PPBM yang perlu dibetulkan!

Begitu banyak kemungkinan perlanggaran perlembagaan parti sebagaimana dilakukan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) termasuk penggunaan nama sayap parti seperti Wira dan Wirawati yang juga perlu ditentukan melalui AGM.

LORETTO DAMIEN S. PADUA JR SUA ANAK PATI FILIPINA & FRED GABRIEL BERDIAM SELEPAS KECOH JUAL PARTI

Jika benar Parti Warisan memperjuangkan MA63 dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), pasti Warisan tidak akan melantik bekas SUA LDP serta PKR ini sebagai Setiausaha Agung Parti Warisan memandangkan Loretto Damien S. Padua JR bapanya keturunan PATI dari Filipina yang diberikan IC. Emaknya dahulu adalah seorang jururawat di Beaufort. Anda boleh memeriksa sendiri latar belakang SUA Parti Warisan ini.



Shafie Apdal pula memang dia tak pernah bermasalah bagi mereka yang pernah mendapat Projek IC kerana semasa beliau sebagai Menteri atau ahli kabinet dulu begitu ramai individu di kawasannya Semporna dan di luar mendapat sokongannya.

Fred Gabriel yang mahu melakukan saman, sehingga ke hari ini sejak 23 November belum melakukan apa-apa termasuk laporan polis. Mengapa?

Kerana beliaut takut bukti siasatan kes mendedahkan beliau menerima wang pendahuluan RM50k itu. Makan sendiri! AJK lain meroyan! kepada AJK Parti Pembangunan Warisan jangan dibodohkan. Ayuh bangun lawan! Lapor dan desak ROS bertindak!

3 Comments